Friday, September 24, 2010

10 BENDA YANG AKU BERSYUKUR HARINI!!

Aku tengok gambar-gambar budak kolej aku fly,sungguh aku tak rasa apa-apa.


Tapi bila tengok gambar dua bestfriends aku:Juju dan Eea fly tadi,kat Facebook,hati aku remuk hancur macam kena blend=(
Yelah,kawan-kawan yang aku makan sama,tidur sama,belajar sama,mandi sama,gusti sama fly,aku tinggal kat Malaysia oh Tanahairku.


Aku down tahap chimpanzee liar=.=


Dania pun post kat Facebook,jom tengok Oprah.


Ada satu benda yang dalam Oprah cakap buat aku berfikir.


Dia cakap,apa kata kita berfikir sejenak,sekali sehari,10 benda yang kita bersyukur pada hari tersebut.


Bila aku senaraikan,sungguh,aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada,sampai aku rasa nak menangis dalam gelas milo panas aku time tu='(


Nah.


10 benda yang aku bersyukur buat harini.


1.Aku bersyukur aku orang Malaysia,tapi aku lagi bersyukur Allah hidupkan aku dalam keluarga Islam.


2.Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup serba-serbi walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang seorang bapak.


3.Aku bersyukur aku masih bernafas sekarang sambil teringatkan kawan aku yang hanya tua 2 tahun dari aku tapi Allah dah ambil dia balik.


4.Aku bersyukur aku lahir-lahir sempurna,tak cacat,walaupun hidung aku tak berapa nak mancung.


5.Aku bersyukur aku sihat walafiat sedangkan ada orang tengah menahan sakit akibat daripada macam-macam penyakit yang mungkin dia ada tempoh beberapa bulan lagi untuk hidup.


6.Aku bersyukur aku masih ada orang yang aku sayang dan sayang aku,support aku time aku down dan berkongsi kegembiraan time aku berjaya:family aku,kawan-kawan aku dan sesiapa sahaja yang mengenali aku.


7.Aku bersyukur aku pergi je dapur,terus ada makanan untuk aku baham sedangkan kat luar sana ada orang tengah lapar kebulur dan menangis sebab tahan lapar.


8.Aku bersyukur sebab ada bumbung atas kepala aku sedangkan ada je orang kat luar sana yang tidur bawah jambatan.


9.Aku bersyukur sebab aku duduk depan laptop dengan selamatnya tulis benda ni padahal ada je orang luar tu tengah terbaring di lorong dan tengah high sebab dadah,atau tengah mabuk sambil menari-nari dalam disko,atau tengah mintak tolong sebab kena culik,atau penduduk Palestin yang tengah ketakutan dan sedih.



10.Dan..Aku bersyukur sebab aku diberi sponsorship dan peluang belajar walaupun aku tak fly ke luar negara.



MasyaAllah!
Banyak sangat benda yang Allah pinjamkan kat kita yang kita lupa syukuri sebaliknya kita asyik menangis dan berkabung dengan satu benda yang Allah taknak,atau mungkin nanti Allah bagi,atau Allah nak ganti dengan benda yang lagi baik dari itu kat kita.



Moral of the story:Life is not that pathetic dear friends.Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat,membawa ke jalan baru yang lebih luas=)



Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh,Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang-Surah An-Nahl,ayat 18

7 comments:

intishar said...

nice belle..thanks..jazakillahu khairan..

cempaka said...

betul.. aku sedih...
sampai x sanggup nak tgk or comment kat facebook..
mungkin perlukan mase utk terima semua ni..
cuz ak da la jatuh ditimpa tangga plak tu..
ko bayangkan ak jatuh sampai kene masok maktab ngajar skolah rendah..
ko akan rase membazir selama ni..
hurm...

Dayang Nabelle said...

dila smsk..
welcome n thanks 2=)
serius aku xtaw ape ko tulis dlm base arab 2.naifnye aku=.=

dila ky:erm..aku phm dila..kalau aku jadi kau pun aku sgt kecewa..

tapi ko fikir ni..time belajar nanti,ko boleh sambong study agkan=)

ambek master,phd n u wont end up kat solah rendah je..

betol x??=)

cempaka said...

erm x jugak..
ak x ley nak kuar jd lecture or sumtin ak just ley jd ckgu skolah rendah or pengajar maktab jer..

Dayang Nabelle said...

pengajar maktab is x dat badla dila=)

satu benda aku taw,sebab famili aku ramai cikgu2 ni..

ko boleh keje kat Kementerian Pendidikan..

but not surela hows the procedure..

ko refer kat sape2 yg pakar bab ni t k=)

nurfaizah.hasim said...

jangan la sedih sgt k :) study kat mlysia pun best jgk :D hehehe. dpt dekat dgn family.. mesti ade hkmah nye. btw,, awk kwn ngn meera faseha eyh? dye dulu ex jasin? :D kim slm kt dye k. :)

Dayang Nabelle said...

thanx faizah^_^

hee..haah,rapat kat kolej lu..
ok,t gtaw dy ey..

btw,kemslm nasrie ye^_^