Tuesday, August 31, 2010

AKU TAK PATRIOTIKKAH??

Teman aku tanya,kenapa aku rasa MERDEKA=CUTI eh??
Haahkan.


Entah kenapa aku rasa orang-orang yang jawab soalan 'APAKAH ITU KEMERDEKAAN??' dalam TV tu semuanya jawab ikut skema buku teks Tingkatan 5 Bab 2.Skema! (er,aku ulang perkataan sama ke??)


Ini makna kemerdekaan sebenar mungkin??



Kan bagus Hari Merdeka dalam bulan Ramadhan tiap tahun. InsyaAllah kurang sikit kes bayi lahir dalam longkang bulan Mei.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Monday, August 23, 2010

PUT TRUST ON HIM =)




INSHA ALLAH-MAHER ZAIN


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame



Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way



Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
 

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way




Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus
SURAH AL-FATIHAH,AYAT 5-6

Saturday, August 21, 2010

ADOLF HITLER BAIK !!!


Kenapa???????

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi sebab dia anggap Yahudi akan menjahanamkan dunia nanti.

2. Prinsip dia pasal Islam. Dia kagum dengan tamadun Islam. Maka dia cetak risalah tentang Islam dan edar kepada tentera Nazi.

3. Dia bagi tentera Islam Jerman tunai solat kat mana-mana kalau dah masuk waktu. Dia siap tunggu dorang habis solat jemaah untuk sampaikan ucapan dia ( dekat Malaysia kebanyakan majlis formal atau tak formal relaks je tak hormat waktu azan )

4. Dia selalu jumpa ulamak untuk mintak pendapat dan belajar.

5. Dia mintak ulamak mendampingi tentera dia, doakan yang bukan Islam dan bagi semangat yang Islam untuk bunuh Yahudi

6. Banyak tindakan dia berdasarkan Al-Quran



“Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it”-Adolf Hitler

Malangnya, Amerika pulak yang guna quote tu untuk kenakan dia dengan menyebarkan betapa jahatnya Hitler. Memang dia kejam, tapi dia pun ada good side jugak.

Benda-benda di atas bukanlah cakap kosong daripada mana-mana minah rempit atau orang sebarangan.

Tetapi diambil daripada thesis seorang hamba Allah yang buat PhD ^_^
By the way, credit to Mazlina Jamahuri kerana telah berkongsi di facebook=)
Nak baca versi panjang,kat sini.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
SURAH AL-BAQARAH,AYAT 120


Tajuk buku dorang tengah baca : Islam and ape tah,aku tak leh baca gak,kecik sangat
Hitler dan Sheikh Amin al-Husainiy







Friday, August 20, 2010

AKU ANTI ORANG SEMENANJUNG!


Sebelum aku pergi belajar ke KYUEM yang terletak di Semenanjung Malaysia


 1.  Jangan harap aku akan sangkut mamat kat sana. Not my cup of tea! Orang sarawak baru best, rock babe!

2. Aku akan jalan sorang-sorang gak pergi mana-mana pun. Pergi kelaske, dewan makanke. Malas aku nak layan budak sana, dorang sure sombong ah.

3. Aku malas nak shoppinglah kat sana. Berlagak syial shopping complex besar, macam kat Sarawak takda. Blah ar wey!

4. Apa aku nak makan kat sana we?? Mesti takda benda aku nak makan nanti. Manada mi kolok kat sana. Alamak!

 
Selepas 2 tahun hidup di KYUEM


1. Mak, nah menantu mak, saya bawak special dari semenanjung ^_^

2. Meera, Juju, Eea, Mekwang, Dila, Azah, Fathiyah, Fuzah, Bihah, Maddy, Nisah, Imm, Abigail, Kuk!!!

Rindunya kat korangggg ='(

Nak mandi jemaah lagi wahai L-61!! Takda orang gosok belakang aku dah time mandi ='(

3. Midvalley, kalau kau reti bercakap, dah lama aku add kau dekat skype. Kalaulah kau tahu betapa aku rindukan kau setiap saat dan waktu. Haihh-____-'

4. Rangka ayam, Murtabak, Nasik kerabu, Nasik dagang. Aku nak yang dari Tanjung Malim please!!!!!!!!! Sesiapa, pos lajukan =(



“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)







Thursday, August 19, 2010

KO NIH ASAL DO?? MAK BAPAK XAJARKE?? PART2



MASALAH KEDUA: KAU BUAT JE APA MAK BAPAK SURUH. NO KOMPROMI! TAKYAH PERTIKAIKAN KALAU KITORANG TAK BUAT SEKALIPUN, KITORANG ORANG TUA, MAKAN GARAM DULU. 



Takkan lu nak tibai anak lu yang Form 1 sebab kena tangkap dengan cikgu kerana merokok di sekolah, yang kemudiannya lu pergi belakang rumah dan tibai rokok 14 batang sebab nak tenangkan amarah di dada yang meluap-luap dengan budak-budak zaman sekarang yang  tak reti nak dengar nasihat orang tua kot. 
Bak kata Nabil 'Lu pikirlah sendiri'!

Nasihat aku,apa kata anda berhenti merokok, senang sikit nak tibai budak tu tanpa keraguan dan tanpa segan dan silu .heee^_^

Hari tu, aku pergi pre-departure camp yang Petronas suruh datang. Punyalah jauh aku dari Sarawak nak pergi ke Twin Tower just nak attend benda sehari tu,sekali tak fly. Hampeh tol!-__-'.  Nasib baik Petronas yang baik hati tu tolong book dan bayarkan tiket flight aku. Terima kasih Petronas ^_^ ! Korang memang the bestlah jaga kebajikan!




Pendek cerita, dekat sana ada seorang minah salih bagi ucapan (bukan anak salleh ye). Dia cakap: (ni aku translate sebab aku pun tak ingat word dia dalam english)

Dalam masyarakat saya (westlah tu), kitorang didik anak-anak supaya banyak bertanya dan argue dengan mak bapak dorang kalau dorang ada their own ideas. Benda tu tak salah pun, malah digalakkan. Tujuannya, supaya anak ada pendirian sendiri dah besar nanti dan berani mengutarakan pendapat masing-masing.

Dialog di atas diungkapkan selepas takda seorang pun yang tampil ke depan selepas dia tanya 'Any question?'

Aku? Macam biasalah, tetiba pulak tercungap-cungap malu sambil tangan rasa macam nak buat-buat busy lukis gambar doraemon kat kertas padahal cuak syiall. Tetiba dia point aku kang,mati.Dahla cakap omputeh berterabur macam bunga-bunga cinta layu di pusara.Ngeeee..

Nilah antara sebab anak-anak orang putih lagi hebat dari anak-anak kita. Dorang dididik dengan  WHAT RIGHT IS ALWAYS RIGHT. Bukan WHAT MY MOM AND DAD SAY IS ALWAYS RIGHT! 

Aku berani cakap benda satu ni sebab aku dah buat eksperimen. Bukan sekali, tapi 2 kali. Tunjuklah contoh dekat budak-budak. Tak payah banyak sangat bebel. Budak banyak belajar dari apa kita buat, bukan apa yang kita ceramah berbakul-bakul tu. Tips ni sangat menjimatkan air liur sesiapa saja ye.




Eksperimen 1

Aku tengah bagi anak saudara aku mandi. Umur dia 5 tahun,lelaki,degil tahap kudis-kudis dah tahi telinga. Punyalah terpekik terlolong pitching aku suruh dia gosok gigi, dia boleh pulak tonyoh-tonyoh berus gigi dia kat sinki. Yarabi,sabar jela aku.
Ok, dapat idea. Aku ambik berus gigi aku, letak ubat gigi dan gosok gigi aku. Ay, dia ikut,magik. Selesai!




Eksperimen 2

Di pagi yang hening, ketika aku tengah basuh pinggan mangkuk, tiba-tiba aku didatangi oleh satu makhluk kecil yang membawa gelasnya. Farihin,anak saudara aku yang kat atas tu lagi.
Aku pun suruh dia letak gelas dia dalam sinki. Dan macam biasa, balasan yang aku dapat hanyalah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Dapat idea lagi! Aku bagi satu span kat dia, dan aku tunjuk cara basuh gelas tu. Ay,reti pulak dia.
Kalau aku tahu dari awal, dah lama aku bagi je penyapu, baju kotor sebakul, baju belum lipat 4 bakul, ayam seekor, serai berai, bawang pawang, periuk belanga kat dia. Boleh aku goyang kaki tengok cerita Cinta Kirana sambil menikmati alam semulajadi yag permai ( Bajet selama ni aku je yang buat semua kerja rumah..Heeee)

Sedangkan Nabi Muhammad pun ketika ditanya bagaimana solat, Baginda bersabda:

"Solluu kama raitumuni usolli" dan "Khuzuu 'anni manasikakum": (solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat) dan (ambillah dariku cara ibadat kamu). 

Nabi tunjuk example, bukan cakap kosong.

So,tu jelah aku nak cerita kali ni sebab kita ni pun tak lama lagi nak jadi mak bapak jugak. Bukan semua budaya Barat tu tak baik. Yang baik kita ikut, yang tak baik kita ambil iktibar. ( Buat bakal suami aku, tolonglah aku didik anak-anak nanti,aku taknak ada amah, takda privacy. hahaha. Baik bagi aku je duit gaji tu, boleh pergi shopping, lalalala^_^)
  
p/s: kalau korang tetiba macam kenal je muka perempuan kat berita TV3 ditangkap sebab dera anak, lupakan pasal post ni ye. Aku anak bongsu, tak ada adik. So cepat sikit baran layan budak-budak kecil yang tak dengar cakap ni. Hee^_^. 
InsyaAllah, aku try jadi THE BEST MOM EVER ^_^ (time taip benda ni,budak kecik tepi ni tengah tutup mata aku sambil tanya soalan bonus dia 'Usu nampakke tak?' Pfffffffftttt! )


Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan mereka memperbuat apa-apa yang diperintahkan kepadanya

SURAH AT-TAHRIM, AYAT 6




KO NIH ASAL DO?? MAK BAPAK XAJARKE?? PART1


 *dicurik daripada kak norehan atas izin beliau..mekaseh kak nor yang comel dan baik hati..hahaha,bodek ^_^



Video ni bagi ilham kat aku untuk tulis pasal budak kecik.

Pagi semalam, aku tonton BAHTERA BERSAMA USTAZ ASRIKE DR ASRI. Aku pun tak ingat dah which one.

Fuyooo, tengok ceramah awal pagi do! Yelah sangat-__-'

Terima kasih kepada channel lain yang tak menyiarkan cerita best time tu. So, aku takda pilihan lain melainkan tengok jugak walaupun hatiku meraung-raung dan merintih-rintih syahdu nak tutup je TV time tu. 

Namun,kakiku yang malas ini enggan memberikan kerjasama untuk menjayakan niat terbabit.

Mula-mula tengok muka ustaz tu, dalam hati aku 'Asal do kena buat muka bengis macam aku lepas rompak rumah jiran sebelah, ikat dorang, pastu bakar, pastu potong-potong kucing dorang kepada 15 potongan kiub and then pijak-pijak sayur kekacang dorang tanam kat luar rumah tu???'

Pointnya,aku kurang minat dengar penceramah yang muka serius.*Maaf,aku memang tak boleh tengok muka orang serius. Bukan benci, tapi aku cuak, walaupun dia dalam TV je :(

Pastu, aku tabahkan hati aku dengar jugak amende dia nak cakap. 
Tajuk dia : Aku tak tahu sebab aku tengok kat tengah-tengah rancangan time tu.

Tapi, main idea dia macam ni lah:

1)  Islam tak ajar kita tiru bulat-bulat apa orang agama cakap. Sebaliknya, tanyalah. Tak pun,buatla kajian melalui Al-Quran dan hadis.

Ok, aku rasa Dr. Asri tu macam best bila dia cakap macam ni:
Tanyalah kalau ada keraguan. 
Siapa cakap ' Barangsiapa yang banyak bertanya, maka rosaklah imannya'.(baca guna suara kat TV3 baca hadis please) 

Kahkahkah! Serius aku rasa lawak benda ni, lawak macam haram. Er,xlawakke??Fine!

TAPI! Ada tapi di situ ya. Tanyalah dengan BERHIKMAH, DENGAN NIAT INGIN TAHU,BUKAN UNTUK MEMPERSENDAKAN AGAMA, DAN TIDAK BOLEH MEMPERTIKAIKAN HUKUM YANG ALLAH DAH TETAPKAN DALAM AL-QURAN.

Ok,dari pengalaman di atas, aku pun teringat dengan sesuatu yang aku dan teman istimewa aku pernah bincangkan dulu. Pasal satu isu dalam rumah tangga( sweet takkkkk kitorang?? :O .hahaha. Takda maknanya. Balik-balik aku jugak yang kena kutuk oleh beliau sebab cuba bersikap sweet) Lupakan.

So, inilah sebenarnya main point post kali ni. Yang kat atas tu introduction merepek baru. Hahahaha. Sakit tak hati??? Maaf ye bagi sesiapa yang rasa nak renjis-renjis je muka aku ngan milo panas^_^

Main point nya, aku rasa ada 'something wrong' dalam pendidikan anak-anak kecil terutamanya dalam keluarga Melayu. Maaf, ini pandangan personal aku. Kalau korang ada pandangan lain, it's ok ^_^




MASALAH PERTAMA: ANAK JANGAN BANYAK TANYA! IKUT JE APA MAK BAPAK CAKAP


 situasi salah:

Anak: Ayah,kenapa kena puasa ek??

Ayah:Argh.. orang islam, kenelah puase.Ikut jela.

Anak: Ayah, tadi nampak kawan makan kat sekolah. Kenape dorang boleh makan, kenape adik tak boleh??

Ayah: Ayah kate tak boleh, tak bolehla. Mendelah ngarut sangat ko ni tanye. Kecik-kecik pun dah banyak tanye. Gi main kat luarla, ayah nak bace paper ni.



Pastu,bila cikgu mengadu yang anak-anak kita ni kurang aktif dalam kelas, mulalah kita maki hamun budak tu. 

' Ko ni kenape hah. Ayah anta ko gi sekolah, supaye ko pandai. Yang ko jadi tunggul je dalam kelas tu,apahal??Tengok anak Pak Seman sebelah tu, jadi Pengerusi Kelab Wau dan Layang-layang,ko ape ade??'

Sebenarnya, once kita ajar budak-budak ni tanya apa yang patut, kita tak sedar, kita sekaligus menanamkan keyakinan diri dalam diri anak-anak kecil ni.

Contohnya, mudah. Kita kan dah berjuta-juta kali pergi kem, sampai dah tahu dah apa program yang ada dalam setiap kem tu. Dah tak payah tengok tentatif dah,siap boleh guna kertas tentatif tu untuk kutip tahi cicak jatuh kat atas lantai dah. 

Pasti akan ada at least satulah ceramah kan. Lepas habis ceramah ada apa?? Ha,betul!! Sesi soal-jawab.
Kalau tiba-tiba ada seorang gadis ayu tampil ke depan untuk bertanyakan soalan. Mulalah semua orang.

'Pheeeewittttttttttt! Woo0wo0owo0o! Ehem ehem! Go joyah! (tafsiran: Berani syial minah ni tanye soalan. Kagum baba gua )

So,moralnya, didiklah anak-anak bertanya supaya selain dorang dapat memuaskan hati dan nafsu serakah dorang yang meronta-ronta nak tahu tu, kita jugak dapat semai budaya berfikir dan keyakinan dalam diri dorang.


bersambung.....




Tuesday, August 17, 2010

FUHH..NASIB BAIK AKU ANAK KUCING..




baby oren 1:           iyah..iyah..tepi cikit la adik.
                                 
                              abang nyah cempit ( abang ngah sempit )  ni..
                                  
                              mencila adik-bewadik wamai-wamai ni ( adik-beradik ramai-ramai ).
                                 


baby kelabu 1:       Yela yela.Eee..takde pwabeci lancong ( privacy langsung ),huh!



baby kelabu 2:        Kan adik kan.
                             
                             Akak pun wimas ( rimas ) gilerrrr ngan atmosfewa  ( atmosfera ) kita 
                              ni.
                           
                             dahla dok lam bakul,kat rumah cetingan ( setinggan ) agi tu.
                         
                              pffffftt..



baby grey+puteh:   betol betol betol..
                                    
                             adik pun panashla..
                                    
                             kayau ( kalau ) ade ekon ( aircond ) besh gakkan..
                             (sambil menjilat peloh di misai kemetot beliau)



 baby oren 2:          cadapla u guys!( shut up
                     
                              cuwoh ( suruh ) mama throw u guys dalam longkang nak?
                       
                              tak pun campak yam  ribe ( dalam river )
                       
                              arrrrrrr,this one better..

                              cape ( siapa ) nak kene bakar laip-laip ( hidup-hidup ) ,hencap 
                              ( hands up )!!!!!!!



jemaahbaby:          TAKNAKKKKK!!!!!!!!!!!



 babykelabu 2:         (BERBISIK)..hekeleh..cpiking konon ( speaking )
                               
                               korang la ni dik.
                       
                               tak weti ( reti ) syukur betol.

                               cumpah ( sumpah )  jadi baby manucie ( manusia ) kang.



 babyoren 1:            (BERBISIK)..Laaa..
                   
                                Kitorang lak.

                                Akak came ( sama ) gak tadikan..
                                (dalam hati:naceb baek aku anak kuceng.huh -___-' )



 mamakuceng:          Dahla,dahla.
                        
                                Jangan gadoh agi.
         
                                Adik ni pun,xyahla kencing merata.                         

                                Bak sini mama jilat.
                                 
                                Dah.Mama nak carik makanan.kalau ada apa-apa, jerit kuat-kuat 
                                tau.






'Oleh sebab itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawa sesungguhnya barangsiapa membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau bukan kerana membuat bencana di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya. 

Barangsiapa menghidupkan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menghidupkan manusia seluruhnya.

Sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa orang rasul Kami dengan membawa keterangan,kemudian kebanyakan mereka sesudah itu melampaui batas di muka bumi'

SURAH AL-MAAIDAH,AYAT 32

PERMULAAN AKU

Bismillahirrahmanirrahim..





Aku mulakan penulisan blog aku dengan pesanan seorang teman istimewa..
TO BE A CHAMPION,U MUST THINK LIKE A CHAMPION 

Sekarang,aku tengah berfikir nak jadi part-time blogger.
Itu first reason aku kenapa aku tulis blog.




Secondly.
PENGARUH RAKAN SEBAYA..

Honestly,aku fikir hampir 9999 kali nak tuliske tak blog sebab.....byk sebab(ok,aku mengaku,malu sebab baru nak start blogging).Lupakan.

Ok,subjek ICT,aku tak lepas,cikgu suruh repeat(alamak,baru teringat aku tak pergi jumpa cikgu berkenaan hari tu.xpela,a level dah habis..fuhh..).

So,terserlahlah betapa ceteknya ilmu aku dalam bidang IT ni.
Tapi aku nak jugak ada blog.sebab aku nak!(tanda seru sebab bajet determined padahal ikut kawan-kawan ^_^)




Dan sebab yang paling utama..

Aku rasa hidup ni macam satu pencarian.
Macam2 kita cari selagi kita bernafas ni..

CARI DUIT,CARI IDENTITI DIRI,CARI IDENTITY CARD UNTUK TUNJUK DEKAT GUARD MUKA BAJET BENGIS,CARI MAKWE OR PAKWE,CARI SELIPAR JEPUN SEBELAH YANG HILANG,CARI PASAL,CARI KUTU,CARI IDEA NAK JAWAB NGAN MAK SEBAB XLEPAS A- LEVEL,CARI KERJA, DAN MACAM2 CARI

Semua cari aku list di atas aku dah buat. Serius!
Tapi tak bermakna pencarian aku dah tamat.

Maka,oleh yang demikian,aku nak meneruskan PENCARIAN dalam alam maya ni sambil BERKONGSI dengan semua.(takpe,kutukan dalam hati terhadap jawapan skema aku dibenarkan).

Pencarian aku,bukan didorong semata-mata faktor luaran,tapi jugak faktor dalaman.
Tapi tipulah cakap faktor dalaman aku tak di'triggered' faktor luaran.

Aku kena 'triggered oleh 1 video yang aku nak panggil VIDEO-BUAT-AKU-SEDAR-BETAPA-SIBUKNYA-AKU-CARI-BIODATA-RIHANNA-YANG-LANGSUNG-TAK-KENAL-AKU-SAMPAI-AKU-LUPA-CARI-BIODATA-MAHA-PENCIPTA-YANG-CIPTA-AKU.

Nah,aku dah kongsi kat facebook.tapi aku nak kongsi jugak kat sini.
Selamat menonton^_^