Thursday, September 16, 2010

TO GROW OLD WITH.......



Post ni,aku dedicate khas for someone very special..


Aku tahu,risiko aku tulis benda ni.




A: Babi giwang sial minah ni.


B: Nak show off lah tu, Pergi mati sudah.


C: Hekeleh,tunggulah beberapa bulan lagi,sure break ah.Just wait and see.


D: Derrr..macam dia sorang je ada kekasih pujaan kalbu.


E: Lain-lain tohmahan yang mengoyakkan sanubari aku kalau aku dapat tahu.


F: All of the above


Tapi..


AKU NAK TULIS JUGAK!!






CERITA UNTUK ALAM


Sungguh,aku bukan penyajak agung


bukan jua penyair terulung


Namun aku ada cerita untuk disampaikan


pada alam


kerana aku menumpang di sini


Aku mahu berkongsi perit getir aku


untuk bangun semula


selepas aku hanyut jauh


merawat pedih


merintih kasih seorang insan


yang aku kira


zaman itu


aku cukup BODOH!


Sampai satu masa


aku sedar,cukup sedar


untuk meneruskan hidup


melangkah tanpa memandang ke belakang


kerana dia hanyalah 


penabur janji kosong


Dan satu keajaiban


seorang teman hadir


menghulur tangan ketika aku jatuh


mendengar tika aku perlu berbicara


menghibur tika aku lara 


merawat ketika aku sakit


membakar semangat saat aku lemah


menegur tika aku alpa


sungguh,kau satu anugerah


andai aku bisa berbicara  pada dunia semuanya


ingin benar aku sebarkan bahagia ini


namun untuk apa


biarlah bahagia ini


mengajar aku lebih bersyukur


pada Maha Pemberi.......










Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula
Surah An Nur,ayat 26









0 comments: