Wednesday, December 22, 2010

FIZIKAL ATAU HATI YANG MENENTUKAN?



Feel lifeless bila tengok blog terdampar tanpa new post.
Bukan malas,tapi serius busy giler ditambah blog kena serang Mr Malware.
So,i'm trying to make this post as short as possible,yet valuable.
*Asal cakap omputeh ni weO_o??






Ok,tadi tengok Oprah sekejap.
Cerita yang sangat inspiring.
Pasal Michael J. Fox.






Mungkin ramai yang dah tahu.
Bagi sesiapa yang belum kenal,he's a big name in film industry.
Nak baca lanjut,klik sini.






He was a normal healthy hot guy,yang ada gorgeous wife and kids.
Tiba-tiba,pada tahun 1991,dia disahkan menghidap Parkinson's disease.
Penyakit ni menyebabkan pesakit hilang ability to control their movement dan akan selalu terketar-ketar.
Nak tahu lanjut,baca di sini.






Penyakit tu selalunya menyerang orang yang berusia around 60 tahun.
Korang bayangkanlah korang umur 30 tahun dan tetiba doktor sahkan korang ada penyakit ni.
Takke menangis laju-laju pastu hempas kepala dekat sofa empuk dibuatnya.






Serius kesian giler tengok masa dia kena temuramah.
Dia asyik bergerak-gerak.
Bukan setakat tangan tapi the whole body.






Dia pada mulanya susah nak terima kenyataan,as most people will do.
So dia selalu minum arak and mabuk untuk hilangkan stress.
Sampai satu saat,dia tersedar dari lamunan yang lena.
He questioned himself.






I have no choice to control my movement.
But God still give me so many other choices in my life.
I can choose to ruin my life or wake up and start a new life.






Since that,he turned out to be a a succesful man.
He's now an author,comedian,producer,activist and voice-over artist.






Moral of the storynya:






Bukan kekurangan atau kelebihan fizikal yang membezakan kita.
Tapi kelemahan dan kekuatan hati untuk berubah menjadi lebih baik dan berjaya:)




We either make ourselves miserable,or we make ourselves strong.
The amount of work is the same-Carlos Castaneda




..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..-Surah Ar-Ra'd,ayat 11




















Wednesday, December 15, 2010

SURAT UNTUK ENCIK X



Meh aku cerita.
Sebab kau tak pernah peduli.
Maka kau tidak tahu.



Kecik-kecik,aku paling tak suka kalah.
Semua benda nak menang.



Dalam kelas nak nombor satu.
Pertandingan mewarna nak nombor satu.
Main guli pun nak menang.
Syarahan kejar title johan.
Sampai ke marathon kampung pun aku sanggup tarik tudung budak yang overtake aku.
Oh,yang last tu maafkan.



Sampai tak tahu apa itu kalah.
Dan satu saat,aku belajar matematik tambahan.
Memang binasa.
Itu titik hitam hidup aku sebab sudah mula menyerah kalah.
Sampai aku terbiasa hingga sekarang.



Susah nak bangkit semula.
Tapi InsyaAllah tengah usaha.
Susah dan mustahil takkan sama.



Tunggu saat aku di puncak.
Aku akan tunjukkan kau apa maksud PIJAK.



Monday, December 13, 2010

FORMULA UNTUK TIDAK KECEWA DAN BERPUTUS ASA



Dah lama tak tulis apa-apa.
Maaf,sebab bajet busy dengan tempahan kek,cupcakes dan cookies.
Padahal ada je free time,tapi aku memilih untuk top up tidur yang makin kurang saban hari(huish,tidur kot,mana boleh kurang,lebih tak apa)






Alhamdulilah.
Rasa bahagia sangat=)
Padahal jam sekarang menunjukkan pukul 4.21 pagi.
Baru habis bake 50 cookies and 100 cupcakes*padahal cupcakes akak aku yang bake,hahahaXD
Sepatutnya aku time macamni mengamuk sambil hempas diri ke dinding sebab kena buat kerja lagi.






Kenapa aku tak mengamuk?
Apa formulanya?






Kawan kolej aku bernama Zetot telah mengepost something di facebook.
Dia tulis macamni.








Repair diri setiap hari.. 

Kesempurnaan memang hampir mustahil, tapi tak salah mencuba kan? 

Allah bagi ganjaran berdasarkan usaha, bukannya hasil.. 

Carilah redha Allah, bukan redha manusia sekeliling kita ! =)







So,pointnya adalah:

Trylah niatkan di hati buat sesuatu sebab Allah.
Walau hati renyuk rasa nak pijak-pijak orang laju-laju sebab taknak sangat buat benda tu.
Mungkin alternatifnya adalah mengharap redha dan ganjaran pahala dari Allah:)



Untuk lebih rasa dihargai.
Walau bukan oleh manusia.
Oleh-Nya kan lagi seronok dan wowcunterbaikgempakgilertakhingat!!!!Paling jimatt!!!!
Sebagai pemujuk hati untuk tidak berputus asa dan kecewa.
Tapi jangan risau,InsyaAllah ada je orang akan hargai apa yang kita buat:)
Ok,aku dah agak jiwang di sini.






P/s:Sila jangan jadikan ini alasan untuk tidak menghargai orang lain dengan memberikan hujah seperti berikut :Apahal ko nak penghargaan,kata ikhlas buat kerja sebab Allah.
Agak-agakla jugak=.='







Masa untuk tidur.
Selamat mencuba:)






..Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan):Selamat sejahtera atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu.
SURAH AR-RA'D,AYAT 23-24



Monday, December 6, 2010

GULA NAIK HARGA?AKU TAK KISAH PUN:)



Oh,gula naik harga?
Tak kesah pun.
Serius aku tak kesah sebab bukan aku pun beli gula dekat dapur tu.
Hahaha.
Mak aku surelah membebel sampai hari ini tiap kali buat air teh.
Bila aku dah start kerja nanti,InsyaAllah aku join korang mengamuk sakan,mungkin aku lebih over.




Tapikan,ada sorang makcik,aku tak tahulah macammana perasaan dia bila gula naik.
Ok,mari aku cerita sikit.




Haritu,time cuti bila tah.
3,4 tahun lepas jugakla.
Aku dan keluarga aku balik kampung sekejap.
Nama kampung aku:Kampung Bintangor.




Selalunya kalau balik kampung,mak aku akan pergi berurut sebab urut kampung lagi sedap mak aku cakap.
Satu hari,mak aku suruh aku panggil sorang makcik ni datang rumah untuk urut dia.




Mak:Dek,pergi jemput Makcik Ani(nama sebenar).Cakap dekat dia,mak nak berurut.




Aku:Ala,mana tahu rumah dia mak.




Mak:Niha,ikut Cikgu Inot(kawan maka aku).Nanti kau tolong panggil dia dekat rumahla.




Aku:Hmmmmm(protes malas nak pergi)




*****




Sampai dekat rumah,cikgu inot tunggu dalam kereta.
Aku pun tengok jambatan kecik,jalan-jalan,sampai satu rumah.




Nak aku describe rumah tu tak?
Taknak?
Takpa,aku nak bagitau jugak.




Rumah dia muatla untuk kau letak meja pingpong,dengan syarat,nanti kau mandi,makan,tidur,berak atas meja pingpong tu jelah.
Sebab??
Sebab mana muat nak letak benda lain lagi.

Kalau letak kasut pun,mungkin suku kasut je muat.




Colour rumah dia.
Oh,sapa tah designer rumah tu.
Serius natural punya theme.
Tak ada cat langsung,kayu je.




Tinggi rumah tu?
Kalau aku yang tinggi 155cm ni melompat sikit,bolehla bawak benjol seketul balik rumah.




Nak dipendekkan lagi cerita,aku pun bawak Makcik Ani balik rumah.
Dan Makcik Ani pun siap mengurut mak aku around sejam jugakla.
Dan kitorang hantar dia balik rumah.






*****




Di rumah aku semula.




Mak:Kesian makcik Ani tu.




Aku:Haah.Kesian.




Mak:Tadikan,mak bagi dia upah RM10,tahu apa dia cakap?




Aku:Apa mak?




Dialog Makcik Ani dan mak aku bila mak aku hulur duit RM10.




Makcik Ani:Eh,tak bawak duit pecahlah Rohani(mak aku).
Baru balik dari sawah tadi,terus ke sini.




Mak:Eh,tak payah duit pecahlah,ambil je RM10 tu.




Makcik Ani:Eh,betulke?Banyak ni.(muka penuh harapan mungkin berharap mak aku tak tipu)




Mak:Ambil je,takpa.




Makcik Ani:(muka berseri-seri dan penuh kesyukuran)
Terima kasih banyak eh Rohani.
Selalu orang bagi RM2 je.RM5 pun dah kira banyak dah.
Lain kali kalau nak urut,panggil jelah eh.






**CERITA TAMAT** 




Korang agak-agakla,kalau Makcik Ani ni pergi beli gula lepas harga gula naik dan bawak duit cukup-cukup je pergi kedai dengan harapan nak beli gula untuk buat teh bagi suami dan anak-anak minum.




Mungkin ini monolog dalaman Makcik Ani.




Makcik Ani:Alamak,tak cukup 20senlah.Mana nak carik ni?:(




Di Semenanjung Malaysia,mungkin susah nak tengok orang macam Makcik Ani ni.
Di Sarawak,berlambak.
Kampung aku,kau boleh tengok budak kecik tak pakai apa-apa merayau-rayau tengah jalan,umur mungkin setahun dua je,tak terurus.
Mudah nak buang air mungkin,tak payah beli pampers.




Yang sekolah rendah pulak,kumpul tin minuman dan botol yang dah digunakan bawah rumah orang,dalam longkang,untuk dijual. 
Untuk duit bekal sekolah mungkin.
Tu tak kira lagi ratus-ratus kampung lain yang tak membangun lagi.
Kesian kot dekat dorang.




Gula naik harga suruh rakyat diet?
Gula naik harga tapi masih jauh lebih murah daripada harga gula jiran?
Gula naik harga sebab subsidi membebankan kerajaan?
Lu pikirlah sendiri!






Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya,kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.
SURAH AL ISRA',AYAT 26





























Sunday, December 5, 2010

SEKADAR PEMBETULAN,TAK BACA PUN TAK APA:)





Oh,aku nak buat pembetulan di sini.
Sebelum ni aku letak satu post yang ada link dekat wall akukan?






Sebenarnya,yang aku ngamuk-ngamuk tu,bukan aku mengamuk betul pun.
Niat aku sebenarnya,nak kejutkan korang dengan hantu dekat link tu,tapi masalahnya kekaseh(beluwek,kekaseh do) aku pakai iphone,so dia tak dapat KESERAMAN yang sepatutnya dia rasa.
Tak tahu nak marah diake iphone dia.






Apa yang lebih mengejutkan,siap ada porn pulak lepas hantu tu keluar.
Aku serius tak tahu do,sebab hantu tu mula-mula keluar aku dah tutup dah page tu sebab?




Aku pakai earphone,siap volume maximum,dengan posisi baring,screen laptop 2 inci je dari bebola mata aku.
Korang dapat bayang macammana perasaan aku bila hantu tu tetiba jerit,dahla depan mata betul-betul.
Serius kalau laptop ni 2ringgit setengah je,aku dah siap pijak laju-laju dah.






So aku macam serik dah buat post macam tu.
Oh.
Aku malas nak tulis apa-apala,sebab nak baca buku kejap ye.
Lepas ni InsyaAllah aku tulis benda berfaedah ok.
Serius,ni je aku tulis nih.
Sebab lately nak update tapi tak ada moodlah:(