Saturday, May 7, 2011

KISAH PEMBUAT ROTI DAN IMAM AHMAD HANBAL



Assalamulaikum:)
Peace be upon u.






This time, Nabel nak share 1 cerita sweet sangat pasal kelebihan istighfar.
Selalu mesti kita ingat bila buat dosa baru kita istighfarkan.
But I have a very good news for everyone!!!!






Sebabnya,istighfar pun a way untuk dimakbulkan doa.
Let me share u a true story pasal benda ni ok^_^/






Pada suatu hari, Imam Ahmad Hanbal bermusafir ke satu tempat.
Jalan punya jalan, dia pun penat sangat dan nak tidur.






Pada mulanya, dia nak tidur dekat tepi jalan je.
Tapi orang tegur dia supaya jangan tidur situ, nanti orang ikut, sebab dia kan orang yang berpengaruh.
Takut orang ingat benda tu macam satu amalan ke apa.






So,tetiba datang seorang lelaki mempelawa dia datang ke rumah untuk tidur.
Padahal lelaki tu tak kenal pun Imam Ahmad pada mulanya.
Lelaki yang jemput Imam Ahmad ni seorang pembuat roti tau.
Imam Ahmad pun masuklah ke rumah lelaki tersebut.






Lelaki itu pun buatlah roti.
Waktu buat roti tu,mulut lelaki tu terkumat-kamit macam baca something.
Imam Ahmad pun tanya dia.






Imam Ahmad: Saudara, apakah yang saudara percakapkan?


Lelaki: Oh,saya sedang beristighfar sambil berdoa.


Imam Ahmad: Apakah yang saudara doakan?


Lelaki: Saya dari dahulu berdoa semoga suatu hari kelak saya dapat berjumpa dengan Imam Ahmad.












MasyaAllah,sweet sangatkan Allah=')
Dia makbulkan doa lelaki tu yang selalu beristighfar.
So jom istighfar sambil berdoa^_^/






Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku
Tidak ada Tuhan melainkan Engkau
Yang telah menciptakan aku

Dan aku adalah abdiMu,
dan aku berada dalam ikatan perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku)





Dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan
Dan aku akui nikmat Mu ke atasku
Dan aku mengakui dosaku padaMu
Maka ampunilah aku
Kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau.







Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang membaca istighfar ini dengan penuh yakin pada siang hari dan mati sebelum malam, dia adalah ahli jannah. Dan siapa membaca dengan penuh yakin pada malam hari dan mati sebelum siang, juga adalah ahli jannah
(Hadith Riwayat Bukhari)