Friday, October 1, 2010

SAYA PERNAH LEMPANG BUDAK LELAKI DI CAFE KOLEJ SAYA TAHUN LEPAS!





Kepada abang-abang atau pakcik-pakcik atau mungkin atuk-atuk yang tengah bina masjid di lorong depan rumah saya,ini ikhlas dari saya buat kalian.






Kalian,
Saya tak tipu,saya baran orangnya,lagi-lagi di waktu panas terik,ketika saya berpeluh-peluh ambil 2 anak saudara dari sekolah berhampiran,itulah masa klimaks saya senang-senang nak keluarkan sumpahan tak bertauliah dari mulut saya.






Saya dah letih-letih dengar dorang bergaduh sepanjang perjalanan,kalian jangan tambahkan alasan saya untuk menengking tak tentu pasal.






Walau muka saya mungkin kalian rasa macam sweet dan steady untuk di'pheeewitt' oleh kalian,sungguh saya jengkel dan mual dengar suara bodoh kalian.






Kalian saya rasa mungkin dah ada anak bini pun di rumah,yang kalian sepatutnya ingat balik apa tujuan kalian berpanas terik bina masjid tu,bukan suka-suki nak menjemurkan diri tak tentu pasal.






Buat yang bujangan,ni nasihat saya:










1.Saya sungguh kaki shopping tahap gaban yang saya rasa kalau saya dah berlaki nanti,saya akan tetapkan 3,4 hari dalam seminggu untuk shopping.




Ya,shopping.Bukan di kedai Pak Tam.Di shopping kompleks ya.






2.Pada umur 20 tahun ni pun,saya dah start menjebakkan diri secara tak aktif dalam bidang menconteng muka(make up) ni.


So,expectation saya,barang-barang make up saya bila dah berkahwin nanti,bukanla jenama Xiang Fu,atau Sweet Girlszzz.






3.Saya ni kalau buat kerja rumah,tak mesti tidak akan mengamuk,so saya harap suami saya akan sediakan seorang pembantu rumah untuk ringankan beban saya nanti.






4.Saya dah start jugak menjaga benda-benda yang patut dijaga sebab saya nak menjadi tua beautifully and healthily.


Bukan saya takut tua ok.






5.Saya inginkan percutian setiap tahun di pantai-pantai,pulau-pulau,atau mungkin hotel sahaja yang memberikan saya kepuasan untuk menenangkan fikiran dan relaks bersama keluarga.


Bukan duduk rumah sepanjang hidup dengan menonton TV dan berangan diri berada di tempat-tempat pelancongan macam yang saya buat selama ini.








Saya rasa,cukuplah setakat ini senarai saya buat bujangan.






Nak kata saya demanding,katalah.
I have right to choose my destiny.






So,agak-agak kalian kerja 24 jam pun,takkan dapat tanggung saya,so please back off!






Saya bukanlah mata duitan,tapi saya mahu peningkatan!






Kalau kalian kata kalian saja-saja nak pheeewit,takda niat pun nak mengorat,baik kalian fikir balik lepas saya cakap ni.






SAYA PERNAH LEMPANG BUDAK LELAKI DI CAFE KOLEJ SAYA TAHUN LEPAS!






Walau saya bengang ni,nah,ayat buat renungan bersama ya.






..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..-Surah Ar-Ra'd,ayat 11

7 comments:

intishar said...

Caya r belle..tgh hot pun da juak renungan..ehe...

Dayang Nabelle said...

hehe>.<

Anonymous said...

nabelll! fathiyah nie!
wahhhhh, xtau lak awk bleh ade bloggg! hahahhaah!

ad said...

gile. siapa nak jadi laki ko ni? hahahhaa

Dayang Nabelle said...

fathiyah:heee>.<

br0:haha..
biorla=p

jujue said...

weh!!!
aku dah gelak guling guling nie...
hahahaha!!
tolong tolong x ble benti...

Dayang Nabelle said...

ceyt..
suke ko ye=p