Wednesday, January 26, 2011

TAK PAYAH LARANG DAH BUDAK SEKARANG,SURUH JE DORANG!!



Tadi tengah aku syok-syok buat cupcakes dekat dapur,anak-anak sedara aku jerit-jerit gaduh.
Yang 3 orang tu.
Tapi suara macam 30 orang je tengah gaduh.
Main bola gaduh macam berebut harta 3 billion.
Nasib baik tak sampai insiden pijak-memijak.






Aku pun keluar kejap sebab kalau mak aku masuk campur,alamat berdendanglah lagu rap sampai subuh.
So aku buat-buat isteri solehah cakap dengan dorang.






Dah-dah,jangan gaduh ey:)
Nanti nenek marah.






Mak oi,macam biasalah.
Bazir air liur aku je bersepah dekat lantai.






Aku sambung buat cupcakes.
Ay,makin kuat suara si abang pekik-pekik marahkan adik-adik dia.






Aku malas dah nak keluar.
Aku jerit dari dalam dapur.








HAA,KIMMY,KECIK SANGAT SUARA GADUH TU!!
TAK DENGAR HA JIRAN KAT HUJUNG SANA.
KUAT SIKIT PLEASEEEE!!!!
HAA,LAGI-LAGI,SIKIT LAGI KUAT TU!!






Senyap terus.
Ay,pandai pulak dia.




Tak lama lepas tu,anak sedara aku yang kecik pulak lari bogel sana-sini,lepas mandi.
Aku pun suruh dia pakai baju.
And as usuallah.






Aku tarik nafas dalam-dalam.






FARIHIN,TAK PAYAH PAKAI BAJU HARI NI EH.
TAK PAYAH.
ESOK PUN TAK PAYAH PAKAI DAH.
BOGEL JE.
TAKPE-TAKPE,BAGUS BOGEL-BOGEL CAMTU.






Ala,usuuu.
Mane baju Hin?
Amek jap.






Haihhh=_='





Monday, January 24, 2011

APA DEFINISI BAHAGIA BAGI KAMU??



All i need now is balik kampung=(
Rasa macam hidup dekat bandar semakin hectic.
Sampai terabai orang-orang penting dalam hidup.






Kadang-kadang fikir.
Mana lagi bahagia.






Pak Samad(bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai petani.
Hidup di kampung yang aman damai bersama seorang isteri yang sentiasa ada di rumah untuk  melayan dan menemani Pak Samad dan menyasuh 7 orang anak.
Kalau badan lenguh,isterilah tukang urut.
Tukang masak,tukang kemas,tukang basuh baju.
Hidup di rumah pondok.
Mempunyai hanya sekangkang kera tanah kebun dan sebuah motorsikal motor cabuk jenama HONDA BOONSIEW EX5.
Tapi motor itulah yang berjasa menghantar anak-anak Pak Samad ke sekolah dan isteri membeli barangan runcit di kedai Pak Rahmat(randomly picked).








Spend hampir setiap saat melihat perkembangan anak-anak.
Pak Samadlah driver,Pak Samadlah barber,Pak Samadlah mechanics,Pak Samadlah electrician,Pak Samadlah plumber,Pak Samadlah guru mengajar mengaji,dan Pak Samadlah seorang ayah dan suami buat keluarganya.
Pak Samadlah nadi keluarga.




Gambar tipu curik dari Mr Google.




Hujung minggu,bawak anak-anak dan isteri memancing ikan di sungai,dan menolong menjaga tanaman di kebun.
Senang cerita,segalanya dinikmati berkeluarga.



Cumanya,bab kewangan dan barangan duniawi,kekurangan serba-serbi.
Tiada astro,cuma TV hitam putih.
Tiada PSP untuk anak-anak cuma layang-layang buatan Pak Samad sendiri untuk mereka.
Anak-anak perlukan yuran,kasut sekolah koyak perlu berganti,begitu juga baju sekolah.
Agak perit mencari pendapatan tambahan.



Atau.



Uncle Johan(bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai businessman berjaya.
Hidup di bandar Metropolitan Kuala Lumpur bersama seorang isteri,2 orang anak,seorang driver,seorang tukang kebun dan seorang amah.
Isteri bekerja sebagai lawyer,mempunyai firm sendiri.
Hidup di banglo 3 tingkat.
Mempunyai 5 buah kereta import semuanya.
Satu untuk sendiri,isteri,anak 2,dan 1 in case ada kereta yang rosak.



Segala-galanya ada di rumah.
Apa yang nak,semua dapat.
TV di rumah macam cinema dah,cuma tiada yang menonton kerana masing-masing menonton wayang bersama kawan-kawan,atau teman business,atau teman sepejabat.
Semua benda orang gaji buat,tak payah risau.
Anak-anak orang gaji yang masak sebab isteri sibuk,tak ada masa nak ke dapur langsung.



Uncle Johan balik rumah,sunyi.
Isteri pergi meeting yang tak sudah-sudah.
Balik lenguh-lenguh,duduk kerusi urut Ogawa.
Lapar,amah masakkan.
Anak-anak keluar bersama teman-teman.
Masing-masing pukul 10 malam baru balik.
Balik-balik pun dengan muka ketat,tak larat dah nak bertegur sapa.



Sebulan boleh kira guna jari berapa kali dorang bertegur sapa.
Bukan berborak panjang,cuma anak-anak mintak duit untuk tukar phone baru,atau untuk shopping.
Tak kelanjuran kalau aku kata,hanya photoshoot masa Hari Raya Aidilfitri yang menyatukan masing-masing dengan fake smiles.



Entahlah.
Kalau korang tanya aku nak pilih mana.
Buat masa sekarang,aku pilih untuk jadi sebagai Pak Samad.
Tak tahulah nanti-nanti aku ubah fikiran.
Kalau korang,pilih yang mana?
Kebahagiaan dalam kekurangan atau kesunyian dalam kemewahan?



Di antara tanda kekuasaan-Nya,iaitu Dia menciptakan pasangan untuk diri kamu dari jenis kamu sendiri,agar kamu dapat memperoleh ketenangan bersamanya,
dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang.
Sungguh pada yang demikian itu merupakan tanda-tanda(kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir.
SURAH AR-RUM,AYAT 21







Saturday, January 22, 2011

MY SHAWL CONTEST




Sori2,tengah busy buat order kek kawen.hahaha.
Anyway,thanks kepada sesapa yang dah like n tolong promote.
maseh byk2 we.
terharu do=')






Anyway.
Join contest ni untuk suka-suka je.
Tapi pike balek,daripada vote for nothing.
Jom kita vote sambil menderma.
Cos 50% of the money from winnning that shawl contest,akan didermakan kepada badan kebajikan*if n only if menang any,saguhati pun i'll pass to them,don't worry^_^/






Tapi,xsure lagi nak pass kat badan ape.
I'll inform later ok^_^
Walaupun nilainya sikit,tapi insyaAllah akan bawak makna untuk yang memerlukan:)




Ni adalah gambar dekat shawl contest tu.










Untuk vote.
Ni caranya.






1.Like this page:
http://www.facebook.com/pages/ains-shawluv/120092858019469




2.Then like my pic:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=187870021241752&set=a.185480561480698.51214.120092858019469


Ok,nak sambung buat kek,kang tak jadi kawen org tu esok.
Thanks semua^_^/




p/s:Maaf,entry tak kemas and tonggang-langgang sebab tengah lari sana sini takut kek hangus^_^'













Wednesday, January 12, 2011

AKU BUKAN PEMINAT JUSTIN BIEBER OK!



Ini entry lama dalam draft.
Aku edit sikit-sikit je.
Aku tahu risiko aku tulis benda ni,aku akan dikecam teruk oleh masyarakat dunia umumnya,dan masyarakat Malaysia khususnya.


Yang ni santai sikit.
Aku nak borak pasal USAHA(santai hotak hang)



Serius aku malu nak mengaku ni.
tapi aku dah 2 kali defend JUSTIN BIEBER.
Maksudnya,orang kutuk dia,aku defend dengan dahsyat dan bersungguh-sungguh sampai muka aku ketat macamni.

my name is justin bibir.i'm not a terrorist ok!




HahahaXD



Tapi korang kena tahu satu benda,aku bukan peminat dia dan aku just tahu 2,3 lagu dia je.
Tapi aku defend dia sebab satu benda.
aku kagum dengan USAHA dia nak jadi penyanyi.



Mula-mula dia naik dulu,aku terbaca pasal kisah hidup dia sebelum dia jadi penyanyi.
TERbaca ok,TER!



Dia dari kecik belajar alat-alat muzik sendiri dan dia raised by a single mother.
Kerja dia,cipta lagu semua,rekod sendiri nyanyi pastu upload dekat youtube.
Lepas tu buat promotion carik fan.



Lepas tu,dia masuk audition by satu company ni.
Dia peminat Usher,so time pergi audition,dia terserempak Usher.
Siap cakap macamni lagi.



Justin:Usher,usher!Saya reti nyanyi lagu awak.Nak dengar tak??
Usher:Sori-sori,saya busy.Lain kali jelah eh.
*dialog buat sendiri



Kau bayangkan orang yang kau minat reject mentah-mentah macamtu.
Takke menonggeng KECEWA do!!
Kalau aku,panjat katil,terjun dan buat-buat pengsan jela untuk hilangkan rasa kemalu-maluan tu+_+



Then.
Usher balik,dia bukak Youtube dan ternampaklah video Justin yang impressed dia.
So,dia flykan balik Justin ke Atlanta,Georgia untuk sain kontrak.
Waktu tu,umur Justin 13 TAHUN ok!!



Masa tu kita masih hingus meleleh bajet dah MATANG giler sebab dah pakai kain biru muda,yang lelaki seluar hijau tua.
Padahal dia tengah usaha keras nak capai cita-cita dia dan tahu apa matlamat dia nak capai.
Kita??
Masih bangga-bangga bincang pasal UPSR result=.=


So bukan dia tup-tup masuk rancangan realiti dan terus bamkedebambum jadi popular macam sesetengah artis sekarang.
Pastu lepas 2 minggu tak popular,salahkan orang,media,pengarah,penerbit,penulis lirik,peminat,pesawat?
Helo?anda tu yang bergantung sangat dengan orang buat semua benda.



So,artis yang pemalas tu deserve tak popular,and same goes to justin,he deserves THE GLORY!!



p/s:aku bukan peminat Justin dan aku tulis ni bukan nak menyanjung dia tapi nak kita contohi orang macam dia,USAHA!!HIARGGHH!!!


Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah perasan..


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)





















BUDAK-BUDAK ZAMAN DULU



Assalamualaikum and helo people=)
*eh,over sangatke helo people aku tu=.='



Minggu lepas,aku baru balik dari Bintulu.
Seminggu lebih jugak di sana.
Mula-mula melawat Aunty Tini aku yang lepas bersalin.
Lepas tu aku duduk rumah Aunty aku sorang lagi.



Rumah Aunty Ana aku yang sorang ni dekat kampung.
Nama kampung ni Kampung Penan Muslim.
Tapi tak ramai pun keluarga Penan.
Ramai Melayu yang berhijrah duduk kat sana.



Aku kecik-kecik duduk kat kampung,sampai darjah 6.
So memang asal aku dari kampung.
Masa duduk kampung dulu,boleh cakap yang aku tak kenal apa itu stress.
Ke sebab aku masih kecik time tu?



Tapi sekarang aku tengok budak bandar,darjah 3 pun dah stress melampau,siap darah tinggi lagi.
Mana taknya.
Pagi sekolah,petang ABIM,malam tuisyen.
Hujung minggu tuisyen tambahan.
Dalam otak asyik fikir,exam,exam,exam,test,test,test.



Kalau aku,dah lama terbantut pertumbuhan hidup macamtu.
Kesian dorang.
Sampai ada budak bunuh diri sebab UPSR teruk.
WTH??o_O



Aku dulu,pagi sekolah,tengahari kelas KAFA.
Balik kelas KAFA,bukak kain baju kurung,dalam of course dah pakai seluar panjang siap-siap.
Gila engkau tak pakai apa-apa!!



Lepas tu kalau tak pergi main guli,aku mandi kat sungai belakang rumah.
Siap buat aksi tarzan.
Dan jerit macam tarzan,tak sedar diri perempuan=.='






Takpun aku dengan kawan-kawan main kat parit,tangkap gelamak(ketam kecik).
Takpun aku memancing.
Takpun aku guna perahu sapa-sapa yang tersadai kat sungai dan buat-buat macam perahu moyang belah makcik angkat aku dan dayung sesedap rasa.



Takpun aku main layang-layang buatan sendiri.
Takpun aku panjat pokok dan makan buah tanpa kebenaran tuan dia(jangan tiru wo,dosa)
Takpun aku dok kejar anak ayam sampai mak dia kejar aku balik.






Takpun aku naik basikal pusing kampung sampai 5 orang naik satu basikal.
Takpun aku gunting pokok bunga tepi jalan tu untuk main masak-masak.
Takpun aku main lastik burung yang last-last aku terlastik sarang tebuan,pastu lari lintang-pukang balik rumah dengan muka sebesar kepala doraemon,nangis-nangis kena sengat tebuan jahat:(




sebelum ada jambatan,ramai yang memilih naik feri untuk shortcut sebab jalanraya jauh sikit.

nilah jambatan kebanggaan kitorang.hahaha

Yang ni kedai makanan muslim.aku suka makan rojak Makcik Itot,sedap we=')

Inilah sekolah rendah aku.Sekolah Rendah Abang Amin.muahahaXD


Aku pun tak tahu apa point aku tulis benda ni.
Tapi lepas ni,kalau tension-tension,aku nak balik kampung.
Rasa tenang dan macam dilahirkan semula.
Eee tak leh blah dilahirkan semula^_^'
Lepas ni aku cerita apakebenda yang aku buat dekat Kampung Penan hari tu ok.
Seronok sangat!



P/s:Sesiapa yang terlalu stress dengan kehidupan bandar,trylah balik kampung.
Kalau takda kampung,pergi duduk homestay.
Korang akan belajar cara hidup bersyukur dan menghargai benda kecik sekalipun.
Aku cakap betul ni,tak tipu we=')



Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah.
SURAH AL-BAQARAH,AYAT 172













Sunday, January 2, 2011

MELODI VS MAHER ZAIN



Dah lama jugak aku tak layan MELODI.
Tengahari tadi,aku tengah basuh pinggan,lari-lari pergi depan TV sebab nak tengok berita tentang kematian Faizal Yusuf.
Tak lama lepas tu,keluarlah berita pasal MAHER ZAIN.






Isu Maher Zain tak hadir ke TV9.
Ada khabar angin mengatakan Maher Zain bagi alasan susah nak bangun pagi tu.
Ini antara dialog yang aku ingat sikit-sikit antara sapatah wartawan tu tanya dekat Maher Zain.
Yang ni aku dah translate.
Baca dengan versi gengster carik gaduh.






Wartawan Melodi:Awak susah bangun ke pagi-pagi?


Maher Zain:Oh,kalau ada apa-apa urusan,InsyaAllah saya akan bangun.


Wartawan Melodi:Tapi awak ingat tak awak tak hadir 1 jemputan?


Maher Zain:Oh,TV9.Maaf,yang tu due tu miscommunication,bukan susah nak bangun.


Wartawan Melodi:So betullah bukan susah nak bangun ni.


Maher Zain:Haah,lagipun saya dah terangkan dengan TV9 pasal ni.


Wartawan Melodi:By the way,awak menyanyi ni untuk apa?


Oh,yang part ini aku tak ingat sangat apa Maher Zain jawab.
Tapi dia macam cakap Maher Zain ni menyanyi untuk duitlah.




Tapi dialog tu bersambung dengan soalan ni


Wartawan Melodi:Are you materialistic??????


Maher Zain:It's between me and Allah.Tapi saya ingin menyebarkan Islam dan mesej keamanan melalui lagu kerana lagu lebih senang menyentuh hati.








Come onlah.
Kalau Eminem,Kanye West,Beyonceke or artis-artis Barat lain korang boleh interview dengan senyuman lebar siap gelak-gelak manja,kenapa tak boleh cakap sopan-sopan dengan orang yang menyebarkan sesuatu yang baik,lagi-lagi agama Allah kot.
Kenapa perlu interview macam nak carik gaduh?
Rasa style sangatke camtu?*hati berasap dah ni,sabar wahai hati ey:)






Sebab azam aku tahun 2011 ni nak kurangkan kutuk orang,aku sedang tahan diri dari kutuk dan maki hamun Melodi tu.
Aku try cakap baik-baik:)






Sudah-sudahlah sokong Melodi tu.
Aku suka jugak tengok Melodi dulu.
Tapi bila dia dah bersikap kurang hasam dengan Maher Zain,haihhh=.='
Cuba korang bayangkan korang dekat tempat artis-artis yang dorang bukak aib tu,takke korang malu jugak.
Dorang pun manusia biasa yang buat silap.






Some sections are good,aku tak nafikan.
Macam section yang tuntut keadilan untuk artis yang terabai atau tertindas tu.
Tapi kalau bab korek rahsia dan menyebuk masalah rumah tangga orang or tabur fitnah tu,tak payah kot.
Kang kena batang hidung sendiri,takke berair mata bai:)






Nabi kita pun dah pesan:


Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia,nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat.
Barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit,nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. 
Barang siapa menutup aib seorang Muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. 
Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya:)

























Saturday, January 1, 2011

MR MALWARE-ADAMAYA-KHAIRUL FAHMI-AZAM



Hai orang-orang kampung^_^/
SELAMAT TAHUN BARU!!!



Semalam aku nak tulis post ni sebenarnya,tapi terpaksa pergi 3 BBQ parties in a row.
Nasib baik perut aku tak merekah=.='



Alhamdulilah,sempat jugak kita bertemu dengan 2011.
Post ni nak bagitau 4 benda.






1.Aku terpaksa tukar link sebab Mr Malware punya kerja.
Kredit tu Nasrie Ajiji for the help,thanks bro^_^/






2.Oh,dan cerita tak berapa best.
Pelakon Adamaya yang bawak watak Dani dah kembali ke rahmatullah.
Innalilah.
Baru aku start nak layan Drama Adamaya.
Aku dengar je pasal cerita tu before.
Nak tahu lanjut,klik sini.






3.Aku rasa aku dah syok dengan Khairul Fahmi Che Mat.
Aku ni jenis tengok bola ikut musim.
Kalau rasa nak tengok,tengoklah.






Tapi kalau dah tengok tu,mesti aku paling over jerit.
Oh,bila tengok kehebatan Fahmi,serius aku tercekik-cekik makan keropok tapi nak melompat jugak.
Serius hebat apetah dia tu.
Kalau cerita dekat sini,memang lusa baru habis.
He's damn cool.
Dan dia ada awek,sekian terima kasih=.='






4.Azam tahun baru?
Rahsialah=p
Gila engkau kalau senarai azam dekat sini,mati kena gelak aku habis 2011 kang.
Sebelum ni tiap-tiap tahun aku berazam nak kurus je.
Takda peningkatan azam langsung,what a boring me=.='






But i really enjoyed my 2010 and it was the year i met you-know-who-you-are=)






But here are the quotes i can sum up my 2010:




Be yourself,everyone else is already taken-Oscar Wilde






Always forgive your enemies,nothing annoys them so much-Oscar Wilde