Monday, January 24, 2011

APA DEFINISI BAHAGIA BAGI KAMU??



All i need now is balik kampung=(
Rasa macam hidup dekat bandar semakin hectic.
Sampai terabai orang-orang penting dalam hidup.






Kadang-kadang fikir.
Mana lagi bahagia.






Pak Samad(bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai petani.
Hidup di kampung yang aman damai bersama seorang isteri yang sentiasa ada di rumah untuk  melayan dan menemani Pak Samad dan menyasuh 7 orang anak.
Kalau badan lenguh,isterilah tukang urut.
Tukang masak,tukang kemas,tukang basuh baju.
Hidup di rumah pondok.
Mempunyai hanya sekangkang kera tanah kebun dan sebuah motorsikal motor cabuk jenama HONDA BOONSIEW EX5.
Tapi motor itulah yang berjasa menghantar anak-anak Pak Samad ke sekolah dan isteri membeli barangan runcit di kedai Pak Rahmat(randomly picked).








Spend hampir setiap saat melihat perkembangan anak-anak.
Pak Samadlah driver,Pak Samadlah barber,Pak Samadlah mechanics,Pak Samadlah electrician,Pak Samadlah plumber,Pak Samadlah guru mengajar mengaji,dan Pak Samadlah seorang ayah dan suami buat keluarganya.
Pak Samadlah nadi keluarga.




Gambar tipu curik dari Mr Google.




Hujung minggu,bawak anak-anak dan isteri memancing ikan di sungai,dan menolong menjaga tanaman di kebun.
Senang cerita,segalanya dinikmati berkeluarga.



Cumanya,bab kewangan dan barangan duniawi,kekurangan serba-serbi.
Tiada astro,cuma TV hitam putih.
Tiada PSP untuk anak-anak cuma layang-layang buatan Pak Samad sendiri untuk mereka.
Anak-anak perlukan yuran,kasut sekolah koyak perlu berganti,begitu juga baju sekolah.
Agak perit mencari pendapatan tambahan.



Atau.



Uncle Johan(bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai businessman berjaya.
Hidup di bandar Metropolitan Kuala Lumpur bersama seorang isteri,2 orang anak,seorang driver,seorang tukang kebun dan seorang amah.
Isteri bekerja sebagai lawyer,mempunyai firm sendiri.
Hidup di banglo 3 tingkat.
Mempunyai 5 buah kereta import semuanya.
Satu untuk sendiri,isteri,anak 2,dan 1 in case ada kereta yang rosak.



Segala-galanya ada di rumah.
Apa yang nak,semua dapat.
TV di rumah macam cinema dah,cuma tiada yang menonton kerana masing-masing menonton wayang bersama kawan-kawan,atau teman business,atau teman sepejabat.
Semua benda orang gaji buat,tak payah risau.
Anak-anak orang gaji yang masak sebab isteri sibuk,tak ada masa nak ke dapur langsung.



Uncle Johan balik rumah,sunyi.
Isteri pergi meeting yang tak sudah-sudah.
Balik lenguh-lenguh,duduk kerusi urut Ogawa.
Lapar,amah masakkan.
Anak-anak keluar bersama teman-teman.
Masing-masing pukul 10 malam baru balik.
Balik-balik pun dengan muka ketat,tak larat dah nak bertegur sapa.



Sebulan boleh kira guna jari berapa kali dorang bertegur sapa.
Bukan berborak panjang,cuma anak-anak mintak duit untuk tukar phone baru,atau untuk shopping.
Tak kelanjuran kalau aku kata,hanya photoshoot masa Hari Raya Aidilfitri yang menyatukan masing-masing dengan fake smiles.



Entahlah.
Kalau korang tanya aku nak pilih mana.
Buat masa sekarang,aku pilih untuk jadi sebagai Pak Samad.
Tak tahulah nanti-nanti aku ubah fikiran.
Kalau korang,pilih yang mana?
Kebahagiaan dalam kekurangan atau kesunyian dalam kemewahan?



Di antara tanda kekuasaan-Nya,iaitu Dia menciptakan pasangan untuk diri kamu dari jenis kamu sendiri,agar kamu dapat memperoleh ketenangan bersamanya,
dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang.
Sungguh pada yang demikian itu merupakan tanda-tanda(kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir.
SURAH AR-RUM,AYAT 21







5 comments:

cik.siti said...

pak samad!

Haq Mohaidin said...

ok thanks

Anonymous said...

uncle johan!
-eea-

Dayang Nabelle said...

kan aqila:)
baru rasa 'hidup'.

sama2 haq mohaidin:)

hahahaha,ko mmg do eeaXD

Annisa said...

definisi bahagia bagi saya,

bila saya dapat bersama orang tersayang, tak tension, yang penting, selamat dunia dan akhirat. take care of yourself belle

& keep in touch.

Love,

Nisa ^__^