Sunday, November 28, 2010

JUST A FRIENDLY REMINDER=)



Hai dearrrrrrrrrrrrr:)
*pahal dear do O_o??



Ok,sebelum korang teruskan bacaan,please ingat pesan aku ni..
Baca dengan nada yang SANTAI,RELAX sambil BERSAHAJA..
Jangan baca dengan pitch yang tinggi dan terjerit-jerit sebab aku relax je time tulis ni,tak berniat nak hurt feelings sesapa atau bercakap dengan rasa riak dan takbur..
Ok bebeh???:)



Aku tulis blog at the first place,memang aku nak share with everyone whatever yang aku termampu tulis..
Aku nak tengok how far i can write..



Sampai satu point,aku belajar satu rule dalam dunia penulisan(bajet syal dunia penulisan)



CREDIT..



Bukan kredit handphone..
Bukan jugak kad kredit..
Atau kredit hour..



In other word dia,appreciation lah senang cerita..



How it works??


Menulis bukan benda satu dua minit..
Lagi-lagi kena dengan orang macam aku yang cetek ilmu dan dengan pakej bahasa omputeh yang tunggang langgang..
Aku terpaksa bukak berjuta tabs untuk Wikipedia,Thesaurus,articles,dan macam-macam lagi untuk dapat the whole view pasal something yang aku nak tulis..



Lagi-lagi lately aku terpaksa convertkan articles dalam bahasa omputeh ke bahasa Melayu..
Siap ada kamus lagi dekat sebelah sebab aku nak kasi paham lagi apekenda lah istilah pelik-pelik tu..
Gambar-gambar lagi..
Broadband aku takyah ceritalah slownya..
Itu tak kira lagi dengan aku edit satu post paling kurang 20 kali sebab aku nak produce the best..



Bukan maksud aku tak boleh share atau guna benda merepek aku tulis..
Aku memang copy paste jugak kerja orang,quotes,blablabla..
But aku akan cuba sedaya upaya untuk bagi credit dekat orang tu..
Caranya,bila kau copy dan paste tu,at leastlah kau tulis siapa punya idea yang kau tengah guna..






KATA BUAT KERJA KERANA ALLAH??
KATA IKHLAS??



Ya,memang,insyaAllah niat kita buat sebab kita nak dapat pahala daripada ilmu yang kita share tu..
Tapi at least show sikit APPRECIATION di atas usaha orang tu..
Aku tak mintak pun pujian melangitke,award ke whatsoever..
Tapi it feels good when people appreciate kerja kitakan:)
Benda tu buat kita akan semangat nak buat dengan lagi bersungguh-sungguh sebab tu lumrah manusia..



Credit ni bukan sahaja applicable dalam penulisan semata-mata,tapi jugak dalam semua aspek kehidupan..



Contoh:

Kau bayangkanlah kau ni miskin babalah..
Kau ada girlfriend..
Birthday girlfriend kau 3 bulan lagi dan kau nak buat something special untuk menggembirakan dia..
So,kau punyalah kerja sambilan untuk kumpul duit sebab nak beli teddy bear besar bapak dan makan maggi je 3 bulan tu sampai muka jadi macam zombie,otak beku banyak sangat MSG..



Bila sampai hari jadi dia,kau pun cukuplah duit nak belanja dia dekat restaurant mahal-mahal,siap bagi teddy bear besar lagi..
Girlfriend kau pulak,makan tak angkat kepala sebab suka sangat tahap dewa dah..
Bila kau bagi teddy bear siap melutut lagi nak passkan,dia ambil dan ajak balik WITHOUT SAYING ANYTHING??



Kau ikhlaskan nak gembirakan hati dia???
Tapi kenapa kau tak gembira dan tak puas hati??
Tak mintak pun dia puja kau sambil nyanyi golek-golek,atau bayar balik semua tu kan??
SEBAB YOU NEED APPRECIATION AT LEAST!!!
In this case,a thanks along with a smile will make your effort worthwhilekan:)??



Dah faham sekarang:)??
Senang ceritalah..



YOU WANT SOME RESPECT,SHOW IT FIRST..
SAME GOES TO APPRECIATION:)














Friday, November 26, 2010

ADA APA DENGAN KULIT??



Semalam aku buat snickers cheesecake wo:O
Lebih kurang macamni lah rupanya..


gambar ni aku curik dari blog akak aku,kalau nak melelehkan lagi air liur anda,sila klik sini.orang puasa,jangan tengok!!nanti nafsu terangsang..hoit,nafsu makan ok!!



Ok,tu je aku nak cerita kali ni..
Bye..




Hahahaha,sakit giler hati kalau orang update tu je dekat blog..
Lagi-lagi kalau guna Broadband slowlembikkurakurauntakaumemangdeboom macam aku guna sekarang nih..
Benda atas tu pusing-pusing dah 15 minit untuk bukak satu page je=.=




Ok,straight to the point(straight to the point jambul hang nabel we,dah ngarut panjang giler dekat atas)




Semalam time buat cake tu,tangan aku melecur sebab kena besi oven yang tengah panas berapi merahmu bara semangat waja,putihmu bersih budi pekerti:(
Tapi aku tak kisah sebab my personal opinion,parut tu sexy..
Ok,takpayah nak bakar muka korang lepas ni just nak impress aku ok,aku taknak bertanggungjawab..
hahahaXD




So,hari ini aku nak cerita pasal kulit..




Bukan kacang lupakan kulit..
Bukan jugak kulit kayu manis..
Pun bukan wayang kulit atau kulit popia..




Tapi,kulit manusia:)




Kisahnya macam ni..
Pada tahun 1982,PROFESOR TAGATAT TEJASEN iaitu seorang profesor yang cukup arif dalam bidang ANATOMI(struktur tubuh manusia),berasal dari THAILAND, telah hadir ke Universiti King Abdul Aziz,Arab Saudi sebagai pemeriksa jemputan untuk satu peperiksaan..




Dipendekkan cerita,para ilmuwan Islam telah mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil kajian tulisan Profesor Keith Moore berkaitan anatomi dengan ayat Al-Quran di bawah..





Sungguh,orang-orang yang kufur terhadap ayat Kami,kelak kami akan masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus,Kami gantikan kulit mereka dengan kulit lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
SURAH AN-NISAA',AYAT 56


Belum dapat point lagikan??
Takpe,baca dialog di bawah ya:)


Ilmuwan Islam:Adakah manusia akan berasa sakit jika keseluruhan kulitnya terbakar?

Prof.Tejasen:Tidak lagi jika kulit itu melecur dengan dalam sekali..

Ilmuwan Islam:Boleh tuan jelaskan kenapa?

Prof.Tejasen:Saraf-saraf yang menerima deria hanya terdapat dalam lapisan kulit sahaja.Jika keseluruhan kulit terbakar,maka tiada lagi rasa sakit kerana saraf-saraf yang mengesannya sudah musnah..

Ilmuwan Islam:Tuan pasti terpegun mengetahui dalam buku kitab Al-Quran ini yang menjadi rujukan orang Islam selama lebih 1400 tahun telah menjelaskan perkara ini..

Prof.Tejasen:Ya,saya memang bersetuju.Saya langsung tidak sangka pengetahuan tentang deria sakit telah berkembang sejak lebih 1400 tahun yang lalu..

Ilmuwan Islam:Pada pendapat tuan,adakah mungkin ayat-ayat seperti ini datang daripada manusia 1400 tahun yang lalu?

Prof.Tejasen:Tidak mungkin ayat-ayat ini datang daripada manusia.Ia mesti datang daripada Tuhan yang menciptakan manusia..


Subhanallah:)


Macam cerita yang lepas,Alhamdulilah beliau mendapat hidayah dan memeluk Islam:)


Aku mula-mula baca,tak faham apa kaitan ayat tu dengan kulit manusia..
So,aku kena baca ulang-ulang,baru aku faham..
Bagi sesiapa yang dah faham,stopkan bacaan sampai sini..
Aku serius we:'(
Kang hang muntah kebosanan aku tak tanggung:(


Sesiapa yang belum faham,meh aku try to explain,InsyaAllah..


Aku highlightkan
Setiap kali kulit mereka hangus,Kami gantikan kulit mereka dengan kulit lain supaya mereka merasakan azab

Maksudnya,kalau kita kena campak dalam api,kulit kita akan hangus,kan?
So,bila sampai 3RD DEGREE BURN,iaitu hangus tahap hardcore yang extreme giler,kita takkan rasa sakit lagi sebab semua deria yang merasai sakit hanya terdapat pada kulit kita yang dah hangus terbakar jadi abu tu..




Kalau adapun tulang tinggal,tulang takda deria untuk rasa sakit tu..






So,apa pointnya duduk dalam neraka kalau tak rasa sakitkan..
So,sebabkan Allah yang ciptakan kita,Dia Maha mengetahui,dan Dia akan keeps on changing kulit baru supaya kita merasai sakit dan azab atas semua perbuatan jahat kita dekat dunia..


Gulp..
scary kan:(
Oh,credit to majalah SOLUSI for the great story..




Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. 
Hadis Riwayat Imam Ahmad









Monday, November 22, 2010

GUNUNG STOPS THE BUMI FROM CHICKEN DANCING!!



Kenapa Gunung-ganang diciptakan??




A.Untuk mencantikkan bumi supaya nampaklah art sikit di situ
B.Untuk buat rumah atas tempat tinggi supaya dapat view yang pergh bila bangun tidur
C.Untuk aktiviti lasak seperti mountain bike,mountain hike,jerit nama pakwe dari atas gunung bila rasa macam rindu giler dan etc.
D.Sekadar hiasan semata-mata,tiada kena-mengena dengan makhluk yang hidup mahupun yang mati




TETTTTT!!!!
Semua salahXD




Ni jawapan dia..
Profesor Siaveda iaitu seorang ahli geologi marin dari Jepun telah menemui fungsi gunung sebagai pasak(iaitu pengukuh) kepada Bumi..




Beliau berkata:
Gunung-gunung tercacak demikian kuat di bumi, mereka menembus jauh ke dalam bumi dan mempunyai akar(seperti pasak). Baik pergunungan darat dan laut sama-sama memiliki akar untuk menyokong mereka..




Ok,kita akan explain menggunakan istilah LEMPENG..
Macam sedap je bunyikan??
Tapi bukan lempeng dalam gambar bang ye..
hahaha..







Kita akan bercakap pasal lempeng Bumi..



LEMPENG BUMI=LAPISAN BUMI YANG BERGERAK-GERAK DI ATAS LAPISAN MANTEL YANG BERBENTUK CAIRAN KENTAL


Mari dekat-dekat,nenek nak cerita ni ye cu *tonyoh sirih dekat gigi


Al-kisahnya,bumi kita ni ada 3 main structures:



1-Inti Bumi paling dalam yang padat terdiri daripada logam(5500 darjah celsius
2-Lapisan mantel yang berbentuk cairan kental(3000-3500 darjah celsius)
3-Kerak Bumi yang padat pada lapisan paling luar-LEMPENG




Lempeng ni sentiasa bergerak-gerak atas cairan mantel sebab:




Suhu yang sangat tinggi pada bahagian dalam Bumi..




ANALOGI dia macamni:
Bayangkan kau tengah masak air dekat dapur,lepas tu kau letak gabus dalam air yang tengah mendidih..




Haaa..macam tu jugaklah yang terjadi pada lempeng bumi,ia akan bergerak-gerak seperti hilang arah tuju dan pedoman hidup(over)..




So,untuk mengukuhkannya,Bumi memerlukan Gunung sebagai pasak..




Pasak dalam konteks ini bermaksud, apabila ada gunung yang menganjur ke atas, maka bentuk yang sama juga berlaku di bawah permukaan bumi(malahan lebih besar dari yang berada di permukaan).
Hasilnya, ini akan dapat menguatkan lagi kedudukan gunung itu sendiri,sekaligus mengukuhkan kedudukan LEMPENG..




Yang ini iceberg,aku suka gambar ni.So korang imaginelah ni gunung eh sebab lebih kurang macamnilah.






Sepertimana Allah berfirman dalam Al-Quran 1400 tahun lepas:




Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..
SURAH AL-ANBIYA',AYAT 31



Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, 
dan gunung-gunung sebagai pasak?
SURAH AN-NABA',AYAT 6-7


Bayangkan tak ada gunung,takke pening kepala kita Bumi asyik chicken dance 24 jam..

LOGIK:)???


Sunday, November 21, 2010

SUNGAI DALAM LAUT??

Rasanya ramai yang tahu air sungai dan laut takkan bercampurkan?




Oh,agak formal soalan itu ya..
Memang dorang takkan bercampur..
Kita tahu sebab bukti gambar macamni,di PERMUKAAN..


yang bahasa arab kat atas tu aku tak tahu apekebenda sebab aku dah google kamus arab tapi tak reti guna do=.=




Tapi apa kata kita tengok apa ada kat dalam laut pulak..
Ready semua??
Tarik nafas dalam-dalam sebab dalam kita nak dive ni..
Blupblupblup(bernafas dalam air)













Mungkin gambar ni belum menceritakan semuanya..
Meh aku cerita..




Ceritanya macam ni..




Ada seorang expert scuba oceanografer bernama Mr. Jacques Yves Costeau dari Perancis ni,dia dive boleh cakap entire lifelah..
Dan dia jugak banyak buat documentary film pasal ocean ni..




Satu hari,dia tengah dive dekat Cenote Angelita, Mexico.
Tiba-tiba dia terjumpa fresh water yang terpisah daripada air laut macam ada filter yang memisahkan dorang pada kedalaman 30 meter..




Dia pun dive lagi sampai kedalaman 60 meter,air bertukar masin balik dan di situlah dia jumpa sungai dalam laut yang siap ada pokok-pokok berdaun lagi..
Bukan rumpai laut ok,rujuk gambar di atas..




Dia ingat dia tengah berhalusinasi..
Tapi dia tetap berikhtiar jugak untuk mencari jawapan lepas tu..


Sehinggalah satu hari dia berjumpa dengan seorang professor muslim dan prof tu pun membacakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan fenomena sungai dalam laut tu tadi..




Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing
SURAH AR-RAHMAN,AYAT 19-20




Ayat ni selalunya orang merujuk kepada Terusan Suez dan Terusan Panama.
Atau di muara sungai..




Namun sambungan SURAH AR-RAHMAN,AYAT 22 pulak menyebut:




Dari keduanya keluar mutiara dan marjan




Tapi,dekat muara sungai,manada mutiara kan:)??
*marjan tu apa eh?anybody?




So??
SUBHANALLAH:)




Dan Alhamdulillah,Mr. Jacques Yves Costeau telah mengucap dua kalimah syahadah setelah melihat kebenaran Al-Quran:)




Nilah wajah hensem saudara baru kita:)




Ops salah,yang ni bukan ye>.<

Haa,nilah dia Mr Costeau tu:)..Ololo,comelnya dia gelak>.<



COOLKAN:O???


Bergossip pasal manusia hanya akan menjauhkan diri dari Allah..
Bergossiplah tentang alam,InsyaAllah kita akan mendekatkan diri denganNya:)

10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD PART 2

SAMBUNGAN..


6.BLUE LAKE CAVE



The world famous “Gruta do Lago Azul” (Blue Lake Cave) ni terletak di Bonito,Mato Grosso do Sul region,Brazil..

Ia adalah monumen semulajadi yang terbentuk daripada stalactites, stalagmites dan blue lake yang awesome giler..

Seronoknya berenang dalam ni we kalau boleh=')


Keluar-keluar,jadi blues clues nyah >.<



7.GIANTS CAUSEWAY(TAMBAK BESAR)



Yang ni pulak terletak di  timur laut of Northern Ireland..
An area of about 40,000 interlocking basalt columns(basalt adalah sejenis batu dari gunung berapi)

the Giants Causeway ni terhasil daripada ancient volcanic eruption..

Kebanyakan column dia hexagonal,tapi ada jugak yang mempunyai  4,5,7 dan 8 sides..

Pada tahun 2005,undian dari Radio Times readers, tambak ni telah dinobatkan sebagai the fourth greatest natural wonder in the United Kingdom!!



8.HELL GATE



Dipanggil The Door to Hell oleh penduduk tempatan.
benda ni terletak di pekan kecil of Darvaz,Turkmenistan..

Ceritanya,bila geologist tengah drill carik gas 35 tahun lepas,dorang terjumpa ruang besar giler ni.
Takda orang berani turun bawah sebab cavern ni penuh dengan gas..

So dorang ignite benda ni supaya takda poisonous gas akan keluar dari lubang ni.
Masalahnya,semenjak tu,lubang ni sentiasa burning dan membazirlah berapa juta or billion tonnes of excellent gas dah,macam infinity je=.=


Sedap jugak BBQ kat sinikan,jimat duit..hahahaXD



9.WAVE ROCK



The Wave Rock ni natural rock formation di western Australia.
Nama dia ni dibagi sebab rupa dia macam breaking ocean wave yang bapak tinggi..

Tinggi dia kira-kira 15 meters dan sepanjang 110 meters..

Halfway up the rock ni,Public Works Department telah membina retaining wall pada tahun 1951 untuk mengumpul air hujan dalam empangan..



10.CHOCOLATE HILLS



Terletak di Bohol,Filipina.
Ada around 1,268 perfectly cone-shaped hills yang hampir sama saiz dalam area 50 km persegi..

Macam-macam hipotesis kewujudan benda ni
Antaranya:

-Breakdown of batu kapur

-Sub-oceanic volcanism 

-the uplift of the seafloor

-ancient active volcano self-destructed(gunung berapi tu memuntahkan blok-blok batu yang besar ni,dan kemudian ditutup oleh batu kapur dan tolakan dari ocean bed)




Dan engkau akan melihat gunung-gunung,yang engkau sangka ia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti jalannya awan. (Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna tiap-tiap sesuatu,sesungguhnya Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan
SURAH AN-NAML,AYAT 88

Saturday, November 20, 2010

10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD PART 1



Post before ni,aku tulis pasal cita-cita budak tadika..
Kos aku sekarang,langsung aku tak terfikir nak ambik,tak pernah sekalipun..
Sebabnya aku baru dengar bendalah tu waktu nak apply lepas SPM=.=






Takke tergezut mak kalau kau tetiba tulis cita-cita kau GEOLOGIST masa darjah 6..
Fuh,apekebenda tu jang hoy O_o??






Tapi aku percaya,sehebat mana pun plan kita,plan Allah la yang Maha Sempurna..






Ok,memandangkan aku bajet-bajet buat research pasal geology padahal aku terserempak artikel ni,meh aku kongsi sikit:




10 GEOLOGICAL WONDERS IN THE WORLD!!




1.THE WAVE






Antara Arizona dan Utah,US.
Bentuk ombak yang macam tipu ni terbentuk daripada bukit pasir yang berusia 190 juta tahun yang slowly bertukar jadi batu..


Kalau nak pergi tempat ni,hanya boleh jalan kaki ok,sepanjang 3 batu..






2.ANTELOPE CANYON(LEMBAH KIJANG)






Arizona USA.
Ni adalah tempat ambik gambar paling popular dekat sana.
Ada 2 bahagian:


-Upper,known as THE CRACK
-Lower,known as THE CORKSCREW






3.GREAT BLUE HOLE






Part of the Lighthouse Reef System.
The Great Blue Hole ni kira-kira 60 batu dari Belize City.
0.4 km across..


Salah satu daripada most astounding dive sites on earth!!
Dalam hole ni,airnya sedalam 480 kaki (145 m),dan kedalaman tulah yang bagi warna biru cantek giler tu..


OMG,nak dive kat situlah=')






4.CRYSTALS CAVE OF THE GIANTS






FUYOOO!!=O


Mula-mula tengok,aku ingatkan gambar ni kena zoom in do.
Rupa-rupanya batu kristal ni memang besar bapak yang orang tu nampak macam semut tengah berjalan je..


Ni terletak di dalam sebuah lombong dekat southern Chihuahua Mexico.
Kristal-kristal ni terhasil dalam gua semulajadi,dekat dasar,bedrock..


Warna dorang cantek sangat. Ada yang lutcahaya emas,lutcahaya silver dan dalam pelbagai bentuk wo..


Cantek giler kan??







5.EYE OF THE SAHARA






Oh,yang ni terletak di Mauritania,dekat  barat daya of Gurun Sahara.
Bendalah ni sangat besar dengan diameter of 30 batu yang menyebabkan ia boleh dilihat dari ruang angkasa,cool gila=.=




Dipanggil juga Richat Structure,benda ni mula-mula ingatkan meteorite impact.
Tapi sekarang geologist percaya ia terbentuk hasil uplift dan hakisan.
Penyebab dia ada bentuk bulat tu masih lagi misteri sampai sekarang..




TO BE CONTINUED..