Monday, November 22, 2010

GUNUNG STOPS THE BUMI FROM CHICKEN DANCING!!



Kenapa Gunung-ganang diciptakan??




A.Untuk mencantikkan bumi supaya nampaklah art sikit di situ
B.Untuk buat rumah atas tempat tinggi supaya dapat view yang pergh bila bangun tidur
C.Untuk aktiviti lasak seperti mountain bike,mountain hike,jerit nama pakwe dari atas gunung bila rasa macam rindu giler dan etc.
D.Sekadar hiasan semata-mata,tiada kena-mengena dengan makhluk yang hidup mahupun yang mati




TETTTTT!!!!
Semua salahXD




Ni jawapan dia..
Profesor Siaveda iaitu seorang ahli geologi marin dari Jepun telah menemui fungsi gunung sebagai pasak(iaitu pengukuh) kepada Bumi..




Beliau berkata:
Gunung-gunung tercacak demikian kuat di bumi, mereka menembus jauh ke dalam bumi dan mempunyai akar(seperti pasak). Baik pergunungan darat dan laut sama-sama memiliki akar untuk menyokong mereka..




Ok,kita akan explain menggunakan istilah LEMPENG..
Macam sedap je bunyikan??
Tapi bukan lempeng dalam gambar bang ye..
hahaha..







Kita akan bercakap pasal lempeng Bumi..



LEMPENG BUMI=LAPISAN BUMI YANG BERGERAK-GERAK DI ATAS LAPISAN MANTEL YANG BERBENTUK CAIRAN KENTAL


Mari dekat-dekat,nenek nak cerita ni ye cu *tonyoh sirih dekat gigi


Al-kisahnya,bumi kita ni ada 3 main structures:



1-Inti Bumi paling dalam yang padat terdiri daripada logam(5500 darjah celsius
2-Lapisan mantel yang berbentuk cairan kental(3000-3500 darjah celsius)
3-Kerak Bumi yang padat pada lapisan paling luar-LEMPENG




Lempeng ni sentiasa bergerak-gerak atas cairan mantel sebab:




Suhu yang sangat tinggi pada bahagian dalam Bumi..




ANALOGI dia macamni:
Bayangkan kau tengah masak air dekat dapur,lepas tu kau letak gabus dalam air yang tengah mendidih..




Haaa..macam tu jugaklah yang terjadi pada lempeng bumi,ia akan bergerak-gerak seperti hilang arah tuju dan pedoman hidup(over)..




So,untuk mengukuhkannya,Bumi memerlukan Gunung sebagai pasak..




Pasak dalam konteks ini bermaksud, apabila ada gunung yang menganjur ke atas, maka bentuk yang sama juga berlaku di bawah permukaan bumi(malahan lebih besar dari yang berada di permukaan).
Hasilnya, ini akan dapat menguatkan lagi kedudukan gunung itu sendiri,sekaligus mengukuhkan kedudukan LEMPENG..




Yang ini iceberg,aku suka gambar ni.So korang imaginelah ni gunung eh sebab lebih kurang macamnilah.






Sepertimana Allah berfirman dalam Al-Quran 1400 tahun lepas:




Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..
SURAH AL-ANBIYA',AYAT 31



Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, 
dan gunung-gunung sebagai pasak?
SURAH AN-NABA',AYAT 6-7


Bayangkan tak ada gunung,takke pening kepala kita Bumi asyik chicken dance 24 jam..

LOGIK:)???