Friday, November 26, 2010

ADA APA DENGAN KULIT??



Semalam aku buat snickers cheesecake wo:O
Lebih kurang macamni lah rupanya..


gambar ni aku curik dari blog akak aku,kalau nak melelehkan lagi air liur anda,sila klik sini.orang puasa,jangan tengok!!nanti nafsu terangsang..hoit,nafsu makan ok!!



Ok,tu je aku nak cerita kali ni..
Bye..




Hahahaha,sakit giler hati kalau orang update tu je dekat blog..
Lagi-lagi kalau guna Broadband slowlembikkurakurauntakaumemangdeboom macam aku guna sekarang nih..
Benda atas tu pusing-pusing dah 15 minit untuk bukak satu page je=.=




Ok,straight to the point(straight to the point jambul hang nabel we,dah ngarut panjang giler dekat atas)




Semalam time buat cake tu,tangan aku melecur sebab kena besi oven yang tengah panas berapi merahmu bara semangat waja,putihmu bersih budi pekerti:(
Tapi aku tak kisah sebab my personal opinion,parut tu sexy..
Ok,takpayah nak bakar muka korang lepas ni just nak impress aku ok,aku taknak bertanggungjawab..
hahahaXD




So,hari ini aku nak cerita pasal kulit..




Bukan kacang lupakan kulit..
Bukan jugak kulit kayu manis..
Pun bukan wayang kulit atau kulit popia..




Tapi,kulit manusia:)




Kisahnya macam ni..
Pada tahun 1982,PROFESOR TAGATAT TEJASEN iaitu seorang profesor yang cukup arif dalam bidang ANATOMI(struktur tubuh manusia),berasal dari THAILAND, telah hadir ke Universiti King Abdul Aziz,Arab Saudi sebagai pemeriksa jemputan untuk satu peperiksaan..




Dipendekkan cerita,para ilmuwan Islam telah mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil kajian tulisan Profesor Keith Moore berkaitan anatomi dengan ayat Al-Quran di bawah..





Sungguh,orang-orang yang kufur terhadap ayat Kami,kelak kami akan masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus,Kami gantikan kulit mereka dengan kulit lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
SURAH AN-NISAA',AYAT 56


Belum dapat point lagikan??
Takpe,baca dialog di bawah ya:)


Ilmuwan Islam:Adakah manusia akan berasa sakit jika keseluruhan kulitnya terbakar?

Prof.Tejasen:Tidak lagi jika kulit itu melecur dengan dalam sekali..

Ilmuwan Islam:Boleh tuan jelaskan kenapa?

Prof.Tejasen:Saraf-saraf yang menerima deria hanya terdapat dalam lapisan kulit sahaja.Jika keseluruhan kulit terbakar,maka tiada lagi rasa sakit kerana saraf-saraf yang mengesannya sudah musnah..

Ilmuwan Islam:Tuan pasti terpegun mengetahui dalam buku kitab Al-Quran ini yang menjadi rujukan orang Islam selama lebih 1400 tahun telah menjelaskan perkara ini..

Prof.Tejasen:Ya,saya memang bersetuju.Saya langsung tidak sangka pengetahuan tentang deria sakit telah berkembang sejak lebih 1400 tahun yang lalu..

Ilmuwan Islam:Pada pendapat tuan,adakah mungkin ayat-ayat seperti ini datang daripada manusia 1400 tahun yang lalu?

Prof.Tejasen:Tidak mungkin ayat-ayat ini datang daripada manusia.Ia mesti datang daripada Tuhan yang menciptakan manusia..


Subhanallah:)


Macam cerita yang lepas,Alhamdulilah beliau mendapat hidayah dan memeluk Islam:)


Aku mula-mula baca,tak faham apa kaitan ayat tu dengan kulit manusia..
So,aku kena baca ulang-ulang,baru aku faham..
Bagi sesiapa yang dah faham,stopkan bacaan sampai sini..
Aku serius we:'(
Kang hang muntah kebosanan aku tak tanggung:(


Sesiapa yang belum faham,meh aku try to explain,InsyaAllah..


Aku highlightkan
Setiap kali kulit mereka hangus,Kami gantikan kulit mereka dengan kulit lain supaya mereka merasakan azab

Maksudnya,kalau kita kena campak dalam api,kulit kita akan hangus,kan?
So,bila sampai 3RD DEGREE BURN,iaitu hangus tahap hardcore yang extreme giler,kita takkan rasa sakit lagi sebab semua deria yang merasai sakit hanya terdapat pada kulit kita yang dah hangus terbakar jadi abu tu..




Kalau adapun tulang tinggal,tulang takda deria untuk rasa sakit tu..






So,apa pointnya duduk dalam neraka kalau tak rasa sakitkan..
So,sebabkan Allah yang ciptakan kita,Dia Maha mengetahui,dan Dia akan keeps on changing kulit baru supaya kita merasai sakit dan azab atas semua perbuatan jahat kita dekat dunia..


Gulp..
scary kan:(
Oh,credit to majalah SOLUSI for the great story..




Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. 
Hadis Riwayat Imam Ahmad









6 comments:

Anonymous said...

bgos3 gemok..update lg k? ingt utang cheesecake ko..haha

Anonymous said...

nice work bell
interesting
hihi

jujue said...

weehhhhhhh
ko dah buat kek tu tanpa akuuuuuuu!!!!

Dayang Nabelle said...

anon1:weh za..
hahaha..ye2,aku ingat moncetXP

anon2:thx whoever u r:)

jujue:KAHKAHKAHxD
dah agak ko akan ungkit do..
msalahnya aku buat time ko kat sane pkol3..
xde keje ko nk bgun time tu..
haha

Anonymous said...

nice

Dayang Nabelle said...

thnx anon:)