Tengok cerita Real Housewives of New Jersey..
Orang gaduh dalam tu..
Bukak Facebook..
Baca status orang..
Baca komen kat bawah..
Orang gaduh..
Tengok gambar orang kat Facebook..
Tengok komen..
Orang gaduh..
Bukak Youtube..
Baca komen bawah..
Orang gaduh..
Bukak blog orang..
Tengok komen bawah..
Orang gaduh..
Nasib baik ada peti sejuk untuk dibukak..
Kalau ada orang gaduh jugak dalam tu..
Aku buat sambal tumis je peti sejuk berkenaan=.='
![]() |
sapa ambik coki-coki aku dalam freezer hah?? |
Symptom-symptom orang bergaduh di alam maya
1.Hey Lahanat ulat gonggok bulat-bulat!!
Oy Hantu jerangkong bodoh otak lembap tak pergi sekolah!!
Fuh-fuh..
Relax brader..Panas nampak..
Nah air Zamzam bagi sejuk sikit ya..
Makhoy,keluar segala jenis sumpahan puaka bang oi..
Mula-mula tadi boleh lagi HaHaHaHa nak bajet cool..
Sekali nak,hambek kau..
2.KO PAHAL DO??TAK PAHAM-PAHAM LAGIKE??NAK AKU ULANG BERAPA JUTA KALI DO??
Oh,ni kira macam emphasizelah..
Dia punya laptopke,iphoneke,Blackberryke,Nokiake,Cokiake..
Semua akan automaticly activate CAPS LOCK..
Sebab dia boleh detect stress dari saraf tunjang si pengguna mungkin..
3.Ini best sebab aku pernah kena dulu..
Bila orang komen menyimpang dari tajuk perbualan..
Siap fire macamni lagi..
Awek ko tu sexy baba apa kes..Dahtu ko nak nasihat kitorang pulak
Padahal tajuk post pakwe aku kat blog NASIK PAPRIKKU YANG PEDAS=.=(oh,tajuk adalah rekaan semata-mata)
Takke aku pun tumpang berasap..
Tapi takpa,aku maafkan kau =)
*Seram syial senyum aku tu.hahaha
4.Ada jugak yang siap maki fizikal wo..
Aku kadang-kadang terlepas jugak,tipulah takda=p
Hekeley,kau muka macam karipap,senyap sudah!!
Takyah kutuk hidung aku macam bawanglah,kau tu gigi mancung apa kes???
Sampai hati..
sobsobT_T
Kita ngadu kat Tuhan kita nanti wo..
Dosa tau kutuk-kutuk ciptaan Allah..
5.Aku rasa yang paling kritikal bila ada temujanji..
Kaukan tak puashati tadi??
Esok!!Midvalley!!pukul 2 petang!!depan MPH!!
Kita one by one..
Padahal gaduh pasal favourite colour je pun=.=
Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang-orang tidak terhormat
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,
(iaitu) orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan ORANG-ORANG YANG MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN (KESALAHAN) ORANG LAIN.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan
SURAH ALI 'IMRAN,AYAT 133-134
5 comments:
nabelle.. muke mcm karipap tue mcm mane??? (tertenyer2 pulak.)
hehe..
nabelle pun xtaw camne>.<
muka karipap: muka yang terlalu sedap... hoho
hahahaha..wawa lg la tak tau.
haha..
mungkin betol is,muka sdap wo0..
Post a Comment