Friday, September 24, 2010

10 BENDA YANG AKU BERSYUKUR HARINI!!

Aku tengok gambar-gambar budak kolej aku fly,sungguh aku tak rasa apa-apa.


Tapi bila tengok gambar dua bestfriends aku:Juju dan Eea fly tadi,kat Facebook,hati aku remuk hancur macam kena blend=(
Yelah,kawan-kawan yang aku makan sama,tidur sama,belajar sama,mandi sama,gusti sama fly,aku tinggal kat Malaysia oh Tanahairku.


Aku down tahap chimpanzee liar=.=


Dania pun post kat Facebook,jom tengok Oprah.


Ada satu benda yang dalam Oprah cakap buat aku berfikir.


Dia cakap,apa kata kita berfikir sejenak,sekali sehari,10 benda yang kita bersyukur pada hari tersebut.


Bila aku senaraikan,sungguh,aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada,sampai aku rasa nak menangis dalam gelas milo panas aku time tu='(


Nah.


10 benda yang aku bersyukur buat harini.


1.Aku bersyukur aku orang Malaysia,tapi aku lagi bersyukur Allah hidupkan aku dalam keluarga Islam.


2.Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup serba-serbi walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang seorang bapak.


3.Aku bersyukur aku masih bernafas sekarang sambil teringatkan kawan aku yang hanya tua 2 tahun dari aku tapi Allah dah ambil dia balik.


4.Aku bersyukur aku lahir-lahir sempurna,tak cacat,walaupun hidung aku tak berapa nak mancung.


5.Aku bersyukur aku sihat walafiat sedangkan ada orang tengah menahan sakit akibat daripada macam-macam penyakit yang mungkin dia ada tempoh beberapa bulan lagi untuk hidup.


6.Aku bersyukur aku masih ada orang yang aku sayang dan sayang aku,support aku time aku down dan berkongsi kegembiraan time aku berjaya:family aku,kawan-kawan aku dan sesiapa sahaja yang mengenali aku.


7.Aku bersyukur aku pergi je dapur,terus ada makanan untuk aku baham sedangkan kat luar sana ada orang tengah lapar kebulur dan menangis sebab tahan lapar.


8.Aku bersyukur sebab ada bumbung atas kepala aku sedangkan ada je orang kat luar sana yang tidur bawah jambatan.


9.Aku bersyukur sebab aku duduk depan laptop dengan selamatnya tulis benda ni padahal ada je orang luar tu tengah terbaring di lorong dan tengah high sebab dadah,atau tengah mabuk sambil menari-nari dalam disko,atau tengah mintak tolong sebab kena culik,atau penduduk Palestin yang tengah ketakutan dan sedih.



10.Dan..Aku bersyukur sebab aku diberi sponsorship dan peluang belajar walaupun aku tak fly ke luar negara.



MasyaAllah!
Banyak sangat benda yang Allah pinjamkan kat kita yang kita lupa syukuri sebaliknya kita asyik menangis dan berkabung dengan satu benda yang Allah taknak,atau mungkin nanti Allah bagi,atau Allah nak ganti dengan benda yang lagi baik dari itu kat kita.



Moral of the story:Life is not that pathetic dear friends.Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat,membawa ke jalan baru yang lebih luas=)



Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh,Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang-Surah An-Nahl,ayat 18

Wednesday, September 22, 2010

CEMBURU PUNYA PASAL!!!



Hari ni,aku nak reveal 1 benda yang aku dok fikir time aku tiap hari menangis macam berok mati anak kat kolej dulu dan call family aku sambil jerit' NAK BALIKKKKKK!!!'.
Memalukan=.='




Sebenarnya,aku nak study kat Sarawak je.Sebabnya,aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang duduk senang-lenang di kampung tanpa perlu belajar macam haram,hanya perlu lepak dan korek telinga je.Aku pun nak jugak camtu gak=(




Secara detailnya,aku nak study kat Sarawak sebab:




1.Supaya time cuti pendek sekalipun aku boleh balik kampung dan melepak di tepi-tepi jalan,di lorong yang lohong,dan 'berborak' bersama kawan-kawan aku,tak kiralah lelaki ke perempuan.




2.Aku nak bersiar-siar di kampung petang-petang,naik motor,supaya semua orang boleh tengok aku dan sedar kehadiran aku di muka bumi ni,dan aku bolehla lambai tangan ala Miss Universe kat dorang.




3.Aku nak join kawan-kawan aku bergaduh dengan perempuan-perempuan gedik yang menyakitkan mata tengok perangai dorang macam $*(^*&*%^$




4.Aku nak dekat selalu dengan pakwe aku yang time tu orang Sarawak dan aku risau sangat nanti dia ngorat perempuan lain.




5.Aku nak enjoy sampai mampus yang tahap dahsyat giler sampai aku rasa diri aku cukup hebat dan rock gitu,oyehhh!! (bajet gengsterla time tu)






Alhamdulillah,sekarang aku hanya duduk kat rumah,tolong apa yang patut,sementara menunggu intake ke Curtin University tahun depan=)




Kalau aku ingat balik,'ehmm,agak sampah otak aku dulu ye=.='.






Moral of the story:Anak dara tak manis merayau-rayau.Belajar masak kat rumah kan lagi elok^_^












Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui-Surah Al-Baqarah,ayat 216











Friday, September 17, 2010

AKU REDHA...





Buat masa sekarang,aku nak post benda emo je sampai hati aku puas.MUKTAMAD!
Air mata aku dah macam air liur time tidur,tak boleh henti dari mengalir.




Bukan aku saja emo,tapi dah teremo,nak buat macam mana.




Aku pun tak tahu apa yang aku sedihkan sangat,macamla dia kena hantar berjuang kat Palestin yang nyawanya di hujung tanduk,tak pun hilang macam Arwahyarhamah Datuk Sosilawati,tak pun kena hukuman penjara seumur hidup(nauzubillah,yang berjuang kat palestin tu nanti aku fikir balik)




Hantar kat UK padahal,untuk bermain salji pada musim sejuk,dan membawa sedikit buah tangan apabila balik nanti^_^(aku dah buat list,don't worry)




Padahal,selama ni,dah sah lagi bersuluh kitorang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan.




Mungkin aku sedih sebab makin banyak pulak laut yang menyemak di antara kitorang=(




Tapi,aku sedikit ceria bila dia buat lawak bodoh yang sumpah aku rasa nak gigit-gigit telinga aku sendiri sebab lawak sangat.Thanks for the joke,it made my day=)




Nah..




POSMEN




Seorang posmen nak hantar surat, tapi alamat tu pedalaman gila,sangatlah susah nak carik.




Setelah lama mencari,dia akhirnya jumpa jugak.




Posmen:Assalamualaikum pakcik.


Pakcik:Waalaikumsalam nak.Apa hajat datang ke mari?


Posmen:Niha,ni surat untuk pakcik.Susah ye nak carik rumah pakcik ni.


Pakcik:Laaa..Susah-susah je anak carik rumah pakcik.Lain kali pos jela.


Posmen:=.=




Moral of the day:Redha dan bertawakkallah




Berkata Musa: Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri.
Surah Yunus,ayat 84




















Thursday, September 16, 2010

TO GROW OLD WITH.......



Post ni,aku dedicate khas for someone very special..


Aku tahu,risiko aku tulis benda ni.




A: Babi giwang sial minah ni.


B: Nak show off lah tu, Pergi mati sudah.


C: Hekeleh,tunggulah beberapa bulan lagi,sure break ah.Just wait and see.


D: Derrr..macam dia sorang je ada kekasih pujaan kalbu.


E: Lain-lain tohmahan yang mengoyakkan sanubari aku kalau aku dapat tahu.


F: All of the above


Tapi..


AKU NAK TULIS JUGAK!!






CERITA UNTUK ALAM


Sungguh,aku bukan penyajak agung


bukan jua penyair terulung


Namun aku ada cerita untuk disampaikan


pada alam


kerana aku menumpang di sini


Aku mahu berkongsi perit getir aku


untuk bangun semula


selepas aku hanyut jauh


merawat pedih


merintih kasih seorang insan


yang aku kira


zaman itu


aku cukup BODOH!


Sampai satu masa


aku sedar,cukup sedar


untuk meneruskan hidup


melangkah tanpa memandang ke belakang


kerana dia hanyalah 


penabur janji kosong


Dan satu keajaiban


seorang teman hadir


menghulur tangan ketika aku jatuh


mendengar tika aku perlu berbicara


menghibur tika aku lara 


merawat ketika aku sakit


membakar semangat saat aku lemah


menegur tika aku alpa


sungguh,kau satu anugerah


andai aku bisa berbicara  pada dunia semuanya


ingin benar aku sebarkan bahagia ini


namun untuk apa


biarlah bahagia ini


mengajar aku lebih bersyukur


pada Maha Pemberi.......










Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula
Surah An Nur,ayat 26









Wednesday, September 15, 2010

LAWAK MERBAHAYA!!!!



Semalam aku baru balik dari kampung halaman aku:Bintangor.


Perjalanan dari Kuching ke kampung aku takla jauh sangat. Setakat mematahkan tengkuk-pinggang-dan-anggota-yang-bertulang je.


Kita akan sampai lepas bertarung 7 jam di jalan yang bak kata mak aku 'BERGELOMBANG MATA MAK', bila kitorang selamat sampai.
Macamni mungkin maksud mak aku @_@


Maaf,itu bukan point cerita kali ni.Hahaha


Cerita aku kali ni.Nah,niha.





Watak utama: Pak Adam,pakcik aku sebelah mak

Tempat kejadian:Dalam kereta

Pemandu ketika itu:Pak Adam

Waktu kejadian:Dalam perjalanan balik ke Kuching

Suasana:Hingar-bingar


Mak aku tengah bercakap dengan makcik aku,padahal makcik aku tengah tidur.
So,hingar-bingar tu hanyalah berpunca daripada mak aku+_+


Tetiba.....


Pak Adam:Adeh,adeh,adeh..Tajam,sakit.Adeh..


Semua orang panik.


Mak aku pun menghamburkan kata-kata hikmah a.k.a latah beliau.


Aku:Asal2??asal Pak Dam??(wat muka paling cemas di alam semesta)


Pak Adam:Selekoh tajam.Hahahaha:D


Aku:=.='




Moral:Jangan buat lawak maut di jalan raya


Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik terhadap keluarganya-Hadis riwayat al-Tirmizi


Thursday, September 9, 2010

MAK VS USTAZ





Dah nak raya, aku baru teringat satu kisah di bulan Ramadhan yang aku tak ingat which year. Kisah yang mengajar aku bahawa setiap saat itu sangatlah bermakna.



Lepas sahur di satu pagi yang nyaman, aku duduk depan TV sambil menonton TV lah of course,takkan menonton kipas kot.


Mak aku muncul dari dapur.



Mak: Dah minum Dek??

Aku:Dah.Mak dah minum??

Mak:Belum.Niha,ustaz cakap aritu,ada petua tak nak haus bulan puasa ni.

Aku:Ape mak??(wat-wat muke interested untuk ambik hati)

Mak:Ko bace 3 Qul,pastu selawatlah 3 kali.Ko tiup kat air yang ko minum.Pastu ape lagi,minumlah.
Aku:Banyaknye kena baca mak. Malaslah.

Mak:Tu lah,ustaz ajar taknak dengar.

Aku:Ehm..haah..Nantilah try,esok-esok.



Mak aku buat muka tak puas hati dia.


Dia pegang segelas air kosong dan memulakan doa-doa beliau.Ketika sedang dengan muka khusyuk dan penuh sinar keimanan baca surah-surah tersebut..Dan baru nak tiup ke dalam gelas..

Tiba-tiba.........



ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!!

Aku terkesima.Aku toleh sebelah.Mak aku pandang aku dengan pandangan kosong.

Aku:Mak,ustaz cakap aritu,banyak-banyakkan bersabar bulan Ramadhan yang mulia ni mak.

Mak:&%^$@%^+&@$%#^&$%*^&%^$&#$%&^(^)*&$

Aku:KAHKAHKAH:D!!




Moral of the day: Pergi mintak maaf lepas gelakkan orang tua.Hahaha


Wahai orang-orang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
SURAH AL-BAQARAH,AYAT 183


Sunday, September 5, 2010

AKU MASIH ANAK DARA!!

Di pagi yang hening, lepas bersahur,kedengaran suara kencang akak aku panggil dari dapur.
'Eee,tengah facebook ni',suara merdu aku menjerit.


'Dekkkk!!',mak aku ambil alih tugas memekik.
'Ar,yeye',aku bangun dengan hati yang remuk berkecai.


'Tolong carik kuali besar dalam stor',mak aku bagi command pagi-pagi.


'Hmmm',jawapan protes.Kalau mak aku bagi SMS tadi,nampaklah berapa banyak huruf M aku.Macamni mungkin.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Dan takda noktah,biasalah tu.






Stor tu baru dibina,so takda lampu lagi.
Dengan berbekalkan torchlight,aku geledah stor sempit dekat luar rumah..


'Eee.dahla hujan ni.Macamne kalau tetiba ada kala jengking gigit kaki aku pagi-pagi ni.Aku takmo pakai kaki palsu time raya.Takutnya=(',rintih hatiku syahdu.
Namun,tiada insan yang mendengarnya.




Aku suluh bawah,aku jalan,aku suluh bawah,aku jalan.


Kalau kala jengking jatuh dari atas??? o_0
Aku suluh bawah,suluh atas,aku jalan.Aku suluh bawah,suluh atas,aku jalan.


Kalau dari tepi???o_0
Aku suluh satu bulatan,aku jalan,aku suluh satu bulatan,aku jalan(guna taktik main bunga api)


Sungguh,aku sangat paranoid masa tu.Hati aku berdegup kencang.Peluh memercik macamni dah.






5 minit aku harung antara detik paling cemas dalam hidup aku.Korang tak faham kalau tak rasa sendiri=(
Aku pun menuju ke dapur semula.


'Mak,macam mana rupa kuali????'.






Moral of the day: Jom main masak-masak^_^


Malu bertanya,sesat jalan

Friday, September 3, 2010

ATUK,TANGGANGKAH SAYA??




Pelakon utama: Atuk sebelah mak aku

Umur:85 tahun pada tahun ini

Anak:8 orang
Cucu:26 orang
Cicit:Serius aku tak larat kira

Ciri-ciri:Hensem,macho,gaya,mutu,keunggulan

Status:Duda(xyahla simpan apa-apa harapan, atuk aku jalan ke dapur pun dah mengah)

Penyakit:Asma,err,tak ingat pulak aku.ok.ni penting:kurang pendengaran(pekak bahasa kasarnya) dan agak nyanyuk 



KES 1

Atuk : Ko nak pergi mana??

Aku: Pergi pasar.

Atuk:Hah?? Pergi mana??

Aku:Pergi pasar.(volume up sikit)

Atuk: Pergi masak??

Aku:PERGI PASAR!! (volume sikit lagi nak maximum)

Atuk: Takyahla jerit-jerit, atuk dengar(sambil buat muka tak puas hati dia)

Aku: pfffffft -________-'

KES 2

Nak pergi dapur rumah aku, akan melalui living room, tempat tengok tv.

Atuk aku lalu, dia tengok aku tengah baring-baring tengok tv, dia pun tanya 'DAH MAKAN??'

Aku angguk sampai kepala aku sentuh lutut sebab aku nak dia notice,dan aku tak cakap apa-apa,sebab takkan ada gunanya. Dia akan tengok bibir aku gerak-gerak macam tengah miming.

Atuk aku pun minum di dapur.

Dia nak masuk bilik dia dan sekali lagi lalu kat tempat aku tengah lepak.

'DAH MAKAN??'.Atuk aku tanya sambil tersenyum. Aku angguk lagi dahsyat sampai bunyi-bunyi tulang belakang aku. Tak tipu.

20 minit kemudian...

Atuk aku nak ke tandas. 

'DAH MAKAN?? '. Betul-betul,itu soalan atuk aku,bukan aku yang tanya dia,dia yang tanya aku.

Aku angguk sambil senyum (dalam hati,yarabbi-__-')

Balik dari tandas.

'DAH MAKAN??'. Samakan semua soalan di atas??+_+


Moralnya: Jangan buat living room di tempat laluan awam=.='


Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
 SURAH AL-ISRA':AYAT 23 

Wednesday, September 1, 2010

NIK AZIZ MENGARUT!!




Ibrahim Ali
Pendidikan: SMK Convent Bukit Nanas
Respon: Nik Aziz beriman tapi kurang takwa


Zulkiflee Bakar(pengarang Utusan Malaysia)
Pendidikan:Entah
Respon:Nik Aziz ulamak berlidah ahli politik


Zainuddin Maidin
Pendidikan:SMK Mydin
Respon:PAS parti ekstrem


Khir Toyo
Pendidikan:SMK Toyol (nasib baik aku tak tulis SMK Khinz*r)
Respon:Nik Aziz bertindak sebagai ahli politik,bukan ulamak



DATUK ALWI CHE AHMAD
Pendidikan:Wikipedia pun tak kenal engkau
Respon:Nik Aziz tidak konsisten beri kenyataan atau fatwa berkaitan agama. Dia bercakap politik,bukan berkaitan agama


Nik Aziz
Pendidikan: Sekolah pondok di Kelantan dan Terengganu
                  Darul Uloom di Uttar Pradesh,India
                  Bachelor of Arts in Arabic Studies dan Master of Arts in Islamic Jurispudence                     Universiti Al-Azhar, Mesir    
Respon: Haihh.korang-korang. Mak bapak suruh pergi mengaji taknak-_____-'



Sesungguhnya Allah tidak menahan ilmu dari manusia dengan cara merenggut tetapi dengan mewafatkan para ulama sehingga tidak lagi tersisa seorang alim. Dengan demikian orang-orang mengangkat pemimpin-pemimpin yang dungu lalu ditanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan. (Mutafaq’alaih)