Thursday, August 19, 2010

KO NIH ASAL DO?? MAK BAPAK XAJARKE?? PART2



MASALAH KEDUA: KAU BUAT JE APA MAK BAPAK SURUH. NO KOMPROMI! TAKYAH PERTIKAIKAN KALAU KITORANG TAK BUAT SEKALIPUN, KITORANG ORANG TUA, MAKAN GARAM DULU. 



Takkan lu nak tibai anak lu yang Form 1 sebab kena tangkap dengan cikgu kerana merokok di sekolah, yang kemudiannya lu pergi belakang rumah dan tibai rokok 14 batang sebab nak tenangkan amarah di dada yang meluap-luap dengan budak-budak zaman sekarang yang  tak reti nak dengar nasihat orang tua kot. 
Bak kata Nabil 'Lu pikirlah sendiri'!

Nasihat aku,apa kata anda berhenti merokok, senang sikit nak tibai budak tu tanpa keraguan dan tanpa segan dan silu .heee^_^

Hari tu, aku pergi pre-departure camp yang Petronas suruh datang. Punyalah jauh aku dari Sarawak nak pergi ke Twin Tower just nak attend benda sehari tu,sekali tak fly. Hampeh tol!-__-'.  Nasib baik Petronas yang baik hati tu tolong book dan bayarkan tiket flight aku. Terima kasih Petronas ^_^ ! Korang memang the bestlah jaga kebajikan!




Pendek cerita, dekat sana ada seorang minah salih bagi ucapan (bukan anak salleh ye). Dia cakap: (ni aku translate sebab aku pun tak ingat word dia dalam english)

Dalam masyarakat saya (westlah tu), kitorang didik anak-anak supaya banyak bertanya dan argue dengan mak bapak dorang kalau dorang ada their own ideas. Benda tu tak salah pun, malah digalakkan. Tujuannya, supaya anak ada pendirian sendiri dah besar nanti dan berani mengutarakan pendapat masing-masing.

Dialog di atas diungkapkan selepas takda seorang pun yang tampil ke depan selepas dia tanya 'Any question?'

Aku? Macam biasalah, tetiba pulak tercungap-cungap malu sambil tangan rasa macam nak buat-buat busy lukis gambar doraemon kat kertas padahal cuak syiall. Tetiba dia point aku kang,mati.Dahla cakap omputeh berterabur macam bunga-bunga cinta layu di pusara.Ngeeee..

Nilah antara sebab anak-anak orang putih lagi hebat dari anak-anak kita. Dorang dididik dengan  WHAT RIGHT IS ALWAYS RIGHT. Bukan WHAT MY MOM AND DAD SAY IS ALWAYS RIGHT! 

Aku berani cakap benda satu ni sebab aku dah buat eksperimen. Bukan sekali, tapi 2 kali. Tunjuklah contoh dekat budak-budak. Tak payah banyak sangat bebel. Budak banyak belajar dari apa kita buat, bukan apa yang kita ceramah berbakul-bakul tu. Tips ni sangat menjimatkan air liur sesiapa saja ye.




Eksperimen 1

Aku tengah bagi anak saudara aku mandi. Umur dia 5 tahun,lelaki,degil tahap kudis-kudis dah tahi telinga. Punyalah terpekik terlolong pitching aku suruh dia gosok gigi, dia boleh pulak tonyoh-tonyoh berus gigi dia kat sinki. Yarabi,sabar jela aku.
Ok, dapat idea. Aku ambik berus gigi aku, letak ubat gigi dan gosok gigi aku. Ay, dia ikut,magik. Selesai!




Eksperimen 2

Di pagi yang hening, ketika aku tengah basuh pinggan mangkuk, tiba-tiba aku didatangi oleh satu makhluk kecil yang membawa gelasnya. Farihin,anak saudara aku yang kat atas tu lagi.
Aku pun suruh dia letak gelas dia dalam sinki. Dan macam biasa, balasan yang aku dapat hanyalah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Dapat idea lagi! Aku bagi satu span kat dia, dan aku tunjuk cara basuh gelas tu. Ay,reti pulak dia.
Kalau aku tahu dari awal, dah lama aku bagi je penyapu, baju kotor sebakul, baju belum lipat 4 bakul, ayam seekor, serai berai, bawang pawang, periuk belanga kat dia. Boleh aku goyang kaki tengok cerita Cinta Kirana sambil menikmati alam semulajadi yag permai ( Bajet selama ni aku je yang buat semua kerja rumah..Heeee)

Sedangkan Nabi Muhammad pun ketika ditanya bagaimana solat, Baginda bersabda:

"Solluu kama raitumuni usolli" dan "Khuzuu 'anni manasikakum": (solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat) dan (ambillah dariku cara ibadat kamu). 

Nabi tunjuk example, bukan cakap kosong.

So,tu jelah aku nak cerita kali ni sebab kita ni pun tak lama lagi nak jadi mak bapak jugak. Bukan semua budaya Barat tu tak baik. Yang baik kita ikut, yang tak baik kita ambil iktibar. ( Buat bakal suami aku, tolonglah aku didik anak-anak nanti,aku taknak ada amah, takda privacy. hahaha. Baik bagi aku je duit gaji tu, boleh pergi shopping, lalalala^_^)
  
p/s: kalau korang tetiba macam kenal je muka perempuan kat berita TV3 ditangkap sebab dera anak, lupakan pasal post ni ye. Aku anak bongsu, tak ada adik. So cepat sikit baran layan budak-budak kecil yang tak dengar cakap ni. Hee^_^. 
InsyaAllah, aku try jadi THE BEST MOM EVER ^_^ (time taip benda ni,budak kecik tepi ni tengah tutup mata aku sambil tanya soalan bonus dia 'Usu nampakke tak?' Pfffffffftttt! )


Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada mendurhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhNya dan mereka memperbuat apa-apa yang diperintahkan kepadanya

SURAH AT-TAHRIM, AYAT 6




4 comments:

juju said...

weyh, aku x brpe setuju sgt ank menegakkn what right is always right..sbb 2 ank2 org putih ni kurang ajr.. haha almost semua r..
aku pon ade exprimnt ape..haha

experiment 1 (satu jela x bnyk..mls nk taip)
ank sedare aku..ehem..abg iyoul..ehem..fhm2 jela eh..
die sgtla "ape die rse nk die nak r.." aku rse lbe kurang r what he think is right then its right la...
kalo die gi kdi die nak coklat ke mainan ke keropok ke..
die amek, bukak wrapping sume trus die kuar kedai x byr lg...
x de sape ajr ye..time kaseh...

Dayang Nabelle said...

juju ku syg.

ayat gue:
Dorang dididik dengan WHAT RIGHT IS ALWAYS RIGHT. Bukan WHAT MY MOM AND DAD SAY IS ALWAYS RIGHT!

bukan dorang tegakkan ape dorg rase right time umo sekangkang kera we..

ade prkataan dididik di citu ye..

sape pelu didik abg iyoul bhawa mkn slambe badak air kat kdai Ah Chong tnpa mmbyar 2 slh, ko lah ngekk..

hahaha^_^

juju said...

haha..aku bru bce..
x..die mmg x dididik langsong
die yg buat sndiri..x taw xtaw..

Nasz said...

Buat bakal suami aku, tolonglah aku didik anak-anak nanti,aku taknak ada amah, takda privacy...

ok bell...lak ku didik anak2 kta,boh ko bingung...haha..