Saturday, June 11, 2011

THINGS THAT I WON'T FORGET THE REST OF MY LIFE.



Waktu tu aku Form 2.
Baru balik dari Langkawi,sebab ada Wilderness Adventure Camp dekat sana.
Malam tu jam kira-kira pukul 12 tengah malam dah,sebab flight dari sana kira-kira pukul 10 macamtu jugak.
Landing dekat Kuching Airport,dan bas sekolah terus ambik.








Dalam bas,kakak mesej,suruh driver bus turunkan dekat stesen minyak berdekatan rumah.
Sebab dah tengah malam,stesen minyak kan bukak 24 jam,selamat sikit.
Nanti kakak ambik dari sana.
Sebab bas tu akan terus ke sekolah,which lagi dekat kalau akak nak ambik dari stesen minyak Petronas tu.
Lagipun weekends,mesti nak balik rumah,takkan nak duduk asrama jugak.






Aku pun bagitaula cikgu pengiring apa yang akak suruh cakap.
Aku pulak memang tak hafal jalan walaupun jalan tu dah 300 kali aku lalu.
Rupa-rupanya,driver bas tu ambik jalan yang takkan lalu stesen minyak yang akak aku suruh aku turun.






Nak dipendekkan cerita,driver bus sekolah aku tu turunkan aku dekat bus stop.
Dan aku tak tahu apasal tak fikir apa-apa,terus turun.




Bayangkan macam mana suasana pukul 1 pagi dah aku rasa time tu.
Dekat bus stop sorang-sorang.
Kedai seberang jalan semua dah tutup.
Langsung sorang manusia pun tak ada.
Senyap.
Sunyi.
Lengang.






Kalau ikut kewarasan seorang manusia normal,dia takkan bagi anak dia duduk sorang-sorang dekat situ.
Tak payah anakla,diri sendiri pun takkan nak berada dalam situasi tu.
Lagi-lagi,PEREMPUAN.






Bila tengok keadaan sekeliling yang seram giler,aku baru terfikir pasal benda negatif yang sepatutnya aku fikir sebelum aku turun dan duduk situ.
Fahamkan?






Tiba-tiba..






Aku dengar bunyi motorsikal.
Aku pandang kiri.
Aku tengok ada 4 orang lelaki naik 2 motorsikal.
Mula-mula aku tak adalah cuak sangat.
Tapi bila aku tengok dorang pegang botol yang aku sure giler tu botol arak,aku dah cuak tahap yang kedua tinggi dalam tahap cuak yang ada di muka bumi.






Aku pun tengok handphone time tu,dan baru teringat kredit tinggal beberapa sen.
Cukup untuk mesej je.
Aku pun mesej cepat-cepat akak aku.






Dan.
Apa aku fikir jadi kenyataan.
Dorang menuju ke arah aku.






Aku serius tak tahu nak buat apa.
Kalau aku tengok benda ni jadi dalam TV,aku sure jerit-jerit suruh perempuan tu lari sekuat hati untuk selamatkan diri.
Tapi bila aku sendiri dalam situasi tu,aku blur.
Aku tak tahu nak react macammana,fahamke?






Dan,dorang pun start turun sorang-sorang dari motor.
Waktu tu,aku takut yang melampau-lampau takut.
Aku baca ayat Kursi banyak-banyak sambil gigil-gigil.
Jantung serius rasa nak jatuh.






Dan,dorang pun stop depan aku.
Yarabi,Allah je boleh tolong aku masa tu.
Tak tahu apa bendalah dorang yang dalam keadaan mabuk tu nak buat dekat aku.
Dalam otak aku,rogol,bunuh.
Tu je.
Lelaki sorang tu senyum-senyum tengok aku,sambil bawak botol arak dia.
Dan dia cakap something which aku tak ingat jugak.
Dan dia datang dekat-dekat,sebelah aku je.






Dan dalam situasi genting macam tu,tetiba ada 1 lagi motor lalu.
Tapi motor tu tak berhenti pun:(






Waktu tu aku tawakal yang aku tak boleh nak describe macam mana dah.
Dan tiba-tiba,motor yang lalu kejap tadi buat U turn dan menuju ke arah aku.






Dan bila lelaki mabuk 4 orang tadi tengok dia datang,dorang terus blah cepat-cepat.
Ya Allah,perasaan lega tu,Allah je tahu macamma.






Eh,adik buat apa dekat sini malam-malam??






Bila lelaki tu cakap je macamtu,aku terus nangis kesan dari takut tadi.
Aku nangis sepuas-puas hati.






Eh,jangan takut.
Abang polis.
Abang tak buat apa-apa.


Adik tengah tunggu orang ambikke?
Adik ingat tak nombor parents?
Meh abang call dorang.






Aku sibuk nangis sampai tak terjawab apa abang tu tanya.




Eh,tak apa,tak apa.
Abang tunggu sini sampai parents adik sampai ok.






Tak lama lepas tu,akak aku pun sampai.
Aku lari masuk kereta sampai tak terucap terima kasih pun dekat abang tu.
Dan aku tak ingat sikit pun macam mana rupa abang tu:(






Betapa Maha Penolongnya Allah.
Dia bagi pertolongan dari arah yang kita tak sangka-sangka.
Siapa sangka dalam keadaan aku yang senang-senang je 4 orang tu nak rogol atau bunuh aku,Allah bagi pertolongan dengan menghantar seorang abang polis.
Dan tu adalah salah satu nikmat yang kita selalu lupa,pertolongan Allah pada kita bila kita memerlukan.






Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.
Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.
Quran-Ibrahim:34






p/s:Kepada abang polis berkenaan,saya doakan Allah balas jasa abang yang tak terhingga tu dengan sebaik-baik ganjaran.







6 comments:

nik idzni dalila said...

kan...Allah tu mmg maha penyanyang.. :)

juju said...

fuhh!!!! cerita yg sepenting ni aku x pnah dgr langsong dr ko!!! takottttt

Nina Mazlan said...

nabelle!!!!! bestnya Allah tolong masa tu.waa, rasa nak nangis baca.cuak kot. T___T

ila27 said...

belle, driver bas ya, baht singh ka?

iswandi bin jamain said...

Assalam pok. Activate mobile version blog tuk. Pening palak bca pake web version. Try adjust kat setting. Tq. Wassalam.

Dayang Nabelle said...

idzni:kan idzni:)
betol2.

nina:tu lah psal.
rasa syukor sgt:)

ila:hahaha,kmk pun xingt gilak nama nya deng.
ktk gik ingat.
yup2:)

iswandi:sama2 pok.