Saturday, February 19, 2011

MARI PUKUL KUCING LAGI!!





meowwww^_^'



Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. 
Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. 
Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut.


Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??






Jawab lelaki tersebut.


Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan,kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. 
Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat,ia membuang najis di merata tempat di rumahku.






Kemudian berkatalah ahli sufi.


Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. 
Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan daif,lalu Allah beri kita makan,pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi,kita derhaka kepada-NyA. 


Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya,Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dengan azabNya.






Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. 
Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucing.




Credit to NUR HIDAYAH,random facebooker who shared this meaningful story:)




p/s:Janganlah aniaya binatang.
Dorang takda akal.
Manusia ada akal,gunalah dengan sebaiknya:(

Thursday, February 3, 2011

POST BUAT ORANG YANG TERLEBIH BAJET COOL!!



Cerita ni masa aku sekolah asrama penuh dulu.
Aku ingat lagi masa aku call mak aku lepas seminggu aku tak call.
Mak aku menangis teruk giler bila dengar suara aku.
Aku pun tanya asal mak aku nangis.
Mak aku jawab,dia risau sebab aku seminggu dah tak call dia.



Tengok tak betapa risaunya seorang mak walaupun sekolah aku tu 10 minit je dari rumah.
Keselamatan InsyaAllah terjamin.
Makanan disediakan.
Tempat tinggal ada.
Warden ada.
Tapi mak aku menangis macam kena dera.



Tapi tu lah naluri seorang ibu.
Sentiasa risau dekat anak-anak dorang.



Boleh korang bayangkan apa perasaan seorang mak bila anak stuck dalam satu negara yang tengah huru-hara,yang jauhnya 9131.84km dari Malaysia?
Kalau stuck dapat contact,boleh tanya khabar,lega jugak.
Ni hilang berita macamtu.
Entah selamat ke tidak.
Entah makanke tidak.
Entah hidup ke tidak.






Tak payahlah bersikap terlalu cool sampai memandang remeh perasaan ibu-ibu yang risaukan anak-anak dorang.
Kita tak berada di tempat dorang,di mana orang-orang tersayang tak tahu apa berita dekat sana.
Aku yang ada cousin dekat sana dan beberapa kenalan pun menangis bila fikir nasib dorang.



Trylah kalau ada adik kandungke,abangke,kakakke.
Tak payah keluargalah.
Trylah kalau ada pakwe atau makwe kat sana.
Takke menggelabah jugak.



*Post ni sebagai tanda protes kepada post Blog Serius di bawah walaupun aku minat blog tu,post tu aku memang aku tak setuju langsung.